AKTIVITI TAHUNAN SKUAD SLAD                                 BAGI TAHUN 1999

 

 

 but2ani.gif (1161 bytes)Mengumpul Suntingan Akhbar

   Seperti biasa, ahli-ahli Skuad SLAD harus mengumpul suntingan daripada akhbar ataupun majalah. Suntingan-suntingan akhbar biasanya didapati daripada akhbar-akhbar tempatan seperti Berita Harian,The Star,News Straits Times, dan Utusan Malaysia. Suntingan boleh diambil seberapa banyak setiap seorang.

   Suntingan-suntingan akhbar tersebut berkaitan dengan kes penagihan, dan pengedaran dadah serta cara-cara membanteras penggunaan dadah. Sumber kajian bukan sahaja daripada akhbar ataupun majalah tetapi juga risalah-risalah yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan dan PEMADAM

   Suntingan-suntingan ini kemudiannya dibukukan untuk menghasilkan sebuah folio. Kami berharap agar penghasilan folio ini dapat menyedarkan dan memberi pengajaran kepada semua golongan masyarakat di Malaysia.

 

 but2ani.gif (1161 bytes)Kegiatan Seni Jauhi Dadah

   Setiap tahun semua sekolah di daerah Larut Matang dan Selama akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah bagi kegiatan Seni Jauhi Dadah.Pada tahun lepas, SMK Tengku Menteri telah menjadi tuan rumah manakala pada tahun 1999 adalah giliran bagi SM Teknik Kamunting untuk menjadi tuan rumah.

   Pada tahun ini, pihak SMK Taman Tasik telah menghantar beberapa orang wakil ke Pertandingan Kegiatan Seni Jauhi Dadah. Lima acara telah dipertandingkan pada hari tersebut iaitu dikir barat, mendeklamasikan sajak, melukis poster, mengarang esei dan mencipta sajak. Wakil sekolah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2, 3, dan 4 kurang berjaya       dalam kelima-lima pertandingan. Guru pengiring ke Kegiatan Seni Jauhi Dadah ialah Cik Manjula Padmanathan dan Ustazah Hazizah.

   Walaupun tewas, namun,pasukan SMKTT tidak akan berputus asa dan akan membuat yang terbaik pada tahun hadapan.

  

but2ani.gif (1161 bytes)Pantomim

   Pada 13 Oktober 1999, Skuad SLAD 3 telah mengadakan Persembahan Pantomim.Aktiviti ini dikendalikan oleh dua   orang ahli Skuad SLAD 1. Persembahan pantomim yang berunsurkan musuh negara , iaitu Dadah telah menarik minat ahli Skuad SLAD 3.

   Pembahagian kumpulan terbahagi kepada 6 kumpulan iaitu 3 bagi lelaki dan 3 bagi perempuan. Ketua-ketua kumpulan tersebut ialah Mohd Irwan, Mohd Zulfikri, Kanivannen, Imruz, Nadira dan Normala. Kumpulan Kanivannen telah mempersembahkan sebuah pantomim yang kami dapat menafsirkan dengan lebih tepat slogan ‘Dadah Adalah Musuh Negara’

   Selain itu, persembahan pantomim daripada keenam-enam kumpulan tersebut telah memberi kesedaran kepada kami, ahli Skuad SLAD 3 agar berkata ‘TIDAK’ kepada dadah.Oleh itu, bersama-samalah kita bersatu untuk menentang Dadah -Musuh Negara.

 

but2ani.gif (1161 bytes)Pertandingan Melukis

   Pertandingan melukis telah diadakan pada 13 Oktober 1999. Aktiviti yang bertujuan untuk memberi gambaran tentang     najis dadah selain mencungkil bakat peserta yang terpendam telah mendapat sambutan yang memuaskan.

   Ahli-ahli Skuad SLAD 3 diberi masa 10 minit untuk menggambarkan tentang keburukan atau kebaikan dadah dan melakarkannya di atas sekeping kertas. Lukisan-lukisan hasil daripada Jefriandy,Amirulldin, dan Kanivannen telah diambil sebagai pengajaran. Di dalam lukisan-lukisan mereka terdapat maksud tersirat di dalam yang tersurat.

   Pertandingan melukis tersebut telah memberi kesedaran kepada ahli-ahli Skuad SLAD 3 agar tidak menagih dadah sebagai jalan penyelesaian ketika menghadapi masalah. Oleh itu, bersama-samalah kita bersatu untuk membanteras penagihan dadah  di kalangan remaja.

 

                  sprinkles.gif (4127 bytes)

                                                                            HOT LINKS

 

pointy1.gif (256 bytes)    Home    pointy1.gif (256 bytes)   Organisasi SLAD   pointy1.gif (256 bytes)   Berita Terkini   pointy1.gif (256 bytes)   Renungan Bersama   pointy1.gif (256 bytes)   Maklumat Dadah   pointy1.gif (256 bytes)   Agensi-Agensi Yang Terlibat Dalam Tindakan Anti Dadah   pointy1.gif (256 bytes)   Strategi Dadah Negara   pointy1.gif (256 bytes)    Kejayaan Skuad SLAD SMK Taman Tasik    pointy1.gif (256 bytes)   Links Ke Web Tentang Dadah