KEJAYAAN SKUAD SMK TAMAN TASIK

 

circ6.gif (239 bytes) Pemilihan Rimeena Low Sebagai Ahli SLAD Terbaik Di Negeri Perak

Rimeena Low dari Skuad SLAD 1 SMK Taman Tasik telah dipilih sebagai Ahli SLAD Terbaik Di Negeri Perak baru-baru  ini. Rimeena Low telah mengumpul paling banyak suntingan akhbar dan berjaya menghasilkan folio yang bermutu. Selain itu Rimeena Low juga banyak bergiat dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan anti-dadah. Syabas diucapkan kepada Rimeena Low!!!

 

circ6.gif (239 bytes) Pemilihan Skuad SLAD 1 Sebagai Skuad SLAD Terbaik Di Negeri Perak

Empat orang ahli Skuad SLAD 1 telah dipilih sebagai Skuad SLAD Terbaik di negeri Perak. Meraka adalah Muhd. Nor  Hazli, Yong Adila, Rimeena Low dan Asraf. Mereka telah menerima sijil yang disampaikan oleh Pengarah PEMADAM Kebangsaan, Dato Seri Megat Junid Megat Ayub. Selain itu mereka juga menerima lencana SLAD. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Taiping juga dipilih sebagai sekolah yang paling baik di negeri Perak.

                                                                 

                                                                                                                                                                                           sijil1.bmp (1418878 bytes)                Sijil dan Lencana SLAD                  Logo1.bmp (175294 bytes)

 

circ6.gif (239 bytes) Jambori SLAD Peringkat Negeri 1999

Pada 26-28 September 1999, Jambori SLAD Peringkat Negeri 1999 telah diadakan di Amir Chalet, Air Tawar, Perak. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Taiping telah menghantar 4 wakil Skuad SLAD 1 ke jambori tersebut. Mereka adalah Muhd. Nor Hazli, Yong Adila, Rimeena Low dan Asraf. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan, kuiz, ceramah dan sebagainya. Walaupun tidak berjaya memenangi sebarang piala, tetapi mereka tetap tidak berputus asa untuk mencuba lagi pada tahun hadapan. Diharap kecekalan mereka akan berterusan.

 

                      sprinkles.gif (4127 bytes)

                                                                            HOT LINKS

 

pointy1.gif (256 bytes)   Home   pointy1.gif (256 bytes)   Organisasi SLAD   pointy1.gif (256 bytes)   Berita Terkini   pointy1.gif (256 bytes)   Renungan Bersama   pointy1.gif (256 bytes)   Aktiviti Tahunan   pointy1.gif (256 bytes)   Maklumat Dadah    pointy1.gif (256 bytes)   Agensi-Agensi Yang Terlibat Dalam Tindakan Anti Dadah   pointy1.gif (256 bytes)   Strategi Dadah Negara   pointy1.gif (256 bytes)   Links Ke Web Tentang Dadah