Make your own free website on Tripod.com

                                 [We Can Find Any Book Banner]

        Sekapur Sirih Seulas Pinang

    Terlebih dahulu tahniah kepada skuad Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Taiping di bawah bimbingan Cik Manjula Padmanathan kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan penglibatan mereka di dalam pelbagai aktiviti sama ada di peringkat sekolah, daerah mahupun di peringkat negeri. Pada awal penubuhan SLAD di sekolah ini, ia telah pun dapat mewujudkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan berdisiplin. Skuad SLAD merupakan sebuah pertubuhan atau persatuan yang ditubuhkan di sesebuah sekolah untuk membantu pihak pentadbir dalam membanteras gejala dadah. Meraka yang dipilih untuk menganggotai skuad SLAD ini bukan sahaja mewujudkan kesedaran dalam diri mereka malahan sanggup bersama-sama menangani masalah dadah yang semakin menular di kalangan remaja masa kini. Di antara pencapaian skuad SLAD SMK Taman Tasik ialah dengan pemilihan salah seorang daripada ahli skuad SLAD pertama iaitu Rimeena Low sebagai seorang ahli Slad yang paling cemerlang di negeri Perak. Selain itu, 4 orang ahli SLAD pertama iaitu Asraf, Mohd Nor Hazli, Yong Adila, dan Rimeena Low telah menerima sijil daripada Dato Seri Megat Junid Megat Ayob, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Folio yang dihasilkan oleh ahli-ahli SLAD SMK Taman Tasik juga telah dijadikan sebagai folio contoh untuk pameran dadah. Kini skuad SLAD SMK Taman Tasik telah diakui sebagai salah sebuah skuad SLAD yang paling berjaya. Diharapkan setiap ahli SLAD SMK Taman Tasik akan mempertahankan prestasi serta pencapaian mereka di masa yang akan datang.

                             Masyarakat SMKTT Bebas Dadah  

  


                                                                                     bnext.gif (9574 bytes)