AGENSI DADAH KEBANGSAAN
 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia
   MDK
   ADK
   Agensi Lain

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kerajaan telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan yang bertanggungjawab sebagai Urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah.Misi Agensi Dadah Kebangsaan ialah untuk memerangi ancaman dadah bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas dadah.

 

Bidang Tugas

Bidang tugas Agensi Dadah Kebangsaan adalah seperti berikut:-
           -Melaksanakan program pencegahan;
           -Melaksanakan program rawatan dan pemulihan
           -Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program anti
             dadah negara.
           -Memberi khidmat Urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan

 

Agensi Dadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah.Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah,Agensi Dadah Kebangsaan manakala Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan Daerah bertanggungjawab kepada Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan Negeri.

Pewujudan Agensi Dadah Kebangsaan ini merupakan satu alternatif negara bagi mengatasi masalah dadah.Pejabat ini diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah.Agensi Dadah Kebangsaan mempunyai 3 bahagian utama iaitu:-
          I )Bahagian Pencegahan,Perancangan dan Penyelidikan
         II )Bahagian Rawatan dan Pemulihan
         III)Bahagian Pengurusan

 

Bahagian Pencegahan,Perancangan dan Penyelidikan

Ini merupakan bahagian baru yang diwujudkan dan akan menumpukan kepada program pencegahan .Bahagian ini bertanggungjawab untuk mendukung objektif Agensi Dadah Kebangsaan untuk mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah.

Bahagian ini mempunyai empat unit iaitu:

Uruseria

Ini merupakan unit baru yang diwujudkan dan akan memberi khidmat ususetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan.Unit ini bertanggungjawab untuk melatih kakitangan Agensi Dadah Kebangsaan.Bagi memberi kesinambungan akan usaha Malaysia di peringkat antarabangsa,unit ini bertanggungjawab memastikan semua agensi pelaksana mangambil tindakan akan keputusan Majlis Dadah Kebangsaan.

Pencegahan Awal

Bidang Pencegahan Awalan akan ditugaskan dengan program utama iaitu menerapkan pendidikan dadah dalam kurikulum di sekolah-sekolah.Langkah pertama yang perlu diambil ialah merealisasikan kurilulum dadah dengan mengadakan mata pelajaran mengenai dadah.Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga akan dipertingkatkan di semua sekolah bertujuan untuk mewujudkan aktiviti alternatif yang sihat kepada pelajar-pelajar.Selain itu,liputan program yang kini tertumpu di sekolah menengah perlu diperluaskan ke sekolah rendah dan institusi pengajian tinggi.

Pencegahan Umum

Bidang ini menumpukan perhatian terhadap usaha pencegahan di kalangan masyarakat umum di tempat kerja.Kempen dan penerangan yang agresif kepada orang ramai di pelbagai peringkat dijangka akan membawa kesedaran yang tinggi di kalangan masyarakat tentang bahaya dan ancaman dadah serta peranan yang boleh mereka mainkan dalam pencegahan dadah.Walau bagaimanapun,penglibatan secara individu atau melalui kumpulan-kumpulan masyarakat,persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan sukarela dan kebajikan secara tetap dan komited perlu digalakkan.

Perancangan dan Penyelidikan

Unit ini dahulunya dikenali sebagai Sistem Maklumat.Unit ini akan mengekalkan statusnya sebagai pengumpul maklumat dadah dan memelihar akewujudan Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (National Drug Information System-NADI). Peningkatan teknologi seperti sistem NADI telah berupaya untuk memberi petunjuk sebenar masalah dadah.Dalam bidnag perancangan,unit ini bertanggungjawab memastikan perancangan dan pelaksanaan dasar dan strategi anti dadah negara berjalan seiring serta akan mancapai matlamatnya.Selain daripada membuat penyelidikan dan penilaian serta memimpin projek penyelidikan institusi pengajian tinggi,unit ini akan juga memastikan projek penyelidikan Agensi Dadah Kebangsaan adalah selaras kehendak semasa.

 

Bahagian Rawatan dan Pemulihan

Bhagian ini bertanggungjawab untuk merawat dan memulihkan penagih dadah serta mencegah penagihan semula.Terdapat 3 unit dalam bahagian ini.

Perkhidmatan Luar

Faktor utama yang dikenal pasti menyebabkan penagihan semula yang tinggi ialah ketiadaan satu sistem jagaan lanjutan(aftercare) jangka panjang yang komprehensif dan tersusun bagi menampung bekas penagih yang telah menamatkan program pemulihan di pusat serenti.Masalah ketiadaan sistem sokongan juga dialami oleh banduan dadah yang bebas dari penjara.Ramai bekas banduan/penagih ini terjerumus kembali kepada kegiatan penagihan dan akhirnya memasuki pusat serenti atau penjara semata-mata kerana tidak memperoleh khidmat jagaan lanjut yang sempurna.Unit ini akan menggaris semula tugasnya bersama dengan Polis DiRaja Malaysia untuk membuat program seliaan kepada penagih selama 2 tahun.

Perkhidmatan Pemulihan

Walaupun telah ramai penagih yang menjalani rawatan dan pemulihan di pusat serenti dan di bawah program pengawasan,namun peratus penagihan semula adalah tinggi.Unit ini akan menumpukan sepenuh perhatian kepada program kaunseling di semua peringkat pemulihan.Adalah diharapakan dengan penumpuan kepada aspek kaunseling ini sumbangannya kepada semua peringkat program pemulihan akan mengurangkan penagihan semula.

Perkhidmatan Institusi

Masalah Kekurangan kakitangan akan cuba diatasi secara berperingkat,samada dalam program pemulihan institusi atau di luar institusi.Memandangkan kadar peagihan semula adalah tinggi ,penumpuan akan diberikan terhadap kaedah-kaedah baru yang mungkin dapat meningkatkan keberkesanan program pemulihan seperti pengklasifikasikan penagih dan mempelbagaikan kaedah rawatan.Selain itu,penglibatan badan-badan bukan kerajaan dalam memberi sokongan aftercare kepada bekas penagih yang tamay program di institusi juga perlu ditingkatkan

 

Bahagian Pengurusan

Sebagaimana Jabatan lain,bahagian akan mengurus perjalanan pentadbiran dan kewangan Agensi Dadah Kebangsaan.Lebih kurang 2,708 kakitangan akan dikawal oleh bahagian ini.Satu tugas utama bahagian ini ialah memastikan pembangunan pusat-pusat serenti berjalan mengikut jadual.

Agensi Dadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah.Pengerusi Agensi Dadah Kebangsaan Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan manakala Pegawai Agemsi Dadah Kebangsaan Daerah dan Komandan Pusat Serenti adalah bertanggungjawab kepada Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan Negeri.