JENIS-JENIS KANABIS

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah
   Opiat
   Kanabis
   Depresan
   Stimulan
   Halusinogen
   Designer Drugs

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   Ganja merupakan sejenis bahan yang sangat kompleks.Ia mengandungi sekurang-
kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana THC merupakan bahan psikoaktif utama.

   Oleh kerana kandungan bahan kimia yang kompleks dan tidak stabil,serta perbezaan yang
luas dari segi jenis pokok,asal usul,serta iklim dan cara penanaman adalah amat sukar
untuk menjumpai dua sampel ganja yang serupa.

   Kekuatan sesuatu bentuk dadah kanabis berhantung kepada kandungan THCnya.THC a
tau delta 9-tetra hydrocannabinol adalah bahan psikoaktif,salah satu daripada 61 bahan
kanabinoid yang hanya terdapat pada kanabis.Ianya terkumpul dalam selaput lemak sel
otak dan tubuh manusia apabila kanabis dihisap dan dikeluarkan dengan perlahan-lahan.

   Sepuluh tahun yang lalu,amat sukar untuk menjumpai ganja yang mengandungi 1%-2%
THC.Tetapi sekarang terdapat jenis ganja yang ditanam khas kerana kandungan THCnya
yang tinggi,contohnya sinsemilla yang ditanam di Amerika Syarikat mengandungi 11% THC
atau lebih.Kandungan THC juga kan berubah-ubah mengikut jangkamasa ia disimpan
sebelum digunakan,tempat dan suhu simpanan dan sebagainya.Kanabis terdapat dalam
bentuk:-

 kanabis1.bmp (47514 bytes)

       Kanabis Herba

Ianya dikenali sebagai Ganja,Marijuana/Grass,Pot/Weed,Bhang,Kif,Takrauri dan Dangga.Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’.Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.

resin.bmp (47094 bytes)

Resin Getah Kanabis(Hashish,Charas)

Resin/Getah Kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan,dikeringkan/dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk(powbery blok) ataupun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin.Warna serbuk atau blok hashish berbeza daripada coklat muda ke hijau,coklat tua atau hitam.Kandungan THC adalah anta 4%-12%.Kebanyakan hashish berasal dari kawasan Timur Tengah.

   hashish.bmp (37686 bytes)

Minyak Hashish

Minyak Hashish merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok atau ganja.Ia diperoleh melalui proses kimia yang dijalankan berulangkali ke atas ganja atau hashish.Ia tidak larut dalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terdedah kepada udara.Kandungan THC adalah sangat tinggi(sehingga 60%) dan hanya setitik sahaja akan mendatangkan kesan halusinasi kepada pengguna.

Jenis-Jenis Kanabis
Penggunaan Bahan atau Dadah Lain Dengan Ganja
Kesan Penggunaan Ganja
Kesan Dalam Tubuh Manusia
Kesan Ganja Kepada Personaliti
Bahaya Penagihan Ganja