KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah
Pendidikan
Penerangan
Pemulihan
Penguatkuasaan

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Agensi Dadah Kebangsaan      Jabatan Penjara Malaysia      Kementerian Kesihatan Malaysia

Bahagian Perkhidmatan Perubatan

Bahagian Perkhidmatan Perubatan, Kementerian Kesihatan bertanggungjawap dalam bidang:-
 
                 a. Pengesanan Penagih Dadah
                 b. Rawatan Detoksifikasi
 
Pengesanan Penagih Dadah
 
Kemudahan pengesanan dadah disediakan melalui 62 buah pusat-pusat pengesanan dadah. Ianya terletak di semua hospital-hospital besar, sebahagian daripada hospital-hospital daerah, Hospital Bahgia Ulu Kinta, Hospital Permai Tampoi dandi Institut Penyelidikan Perubatan. Pengesanan penagih boleh di bahagikan kepada dua aspek iaitu:-
 
                 i. Pengesanan Makmal
                ii. Diagnosa Klinikal
 

Pengesanan makmal (Laboratory Detection)

Dua kumpulan ujian digunakan untuk pengesanan dadah dalam contoh air kencing mereka yang disyki menggunakan dadah. Kumpulan ujian ini ialah:-
 
Cara ‘Immunoassay’ iaitu:-
    *  Radioimmunoassy (R.T.A)
    *  Enzyme Mutiplied Immunoassay, Technique(E.M.I.T). Cara
        ini digunakan untuk pengesanan(screening)
 
Cara ‘Chromatography iaitu :-
    *  Thin layer Chromatography(T.L.C)
    *  Gas Chromatography(G.C)
    *  High Performance Liquid Chromagraphy(H.P.L.C)
Cara Chromagraphy digunakn untuk pengesahan keputusan-keputusan yang didapatidari cara immunoassay. Kedua-dua kumpulan ujian ini disediakan di hospital-hospital besar melainkan cara ‘ gas Chromagraphy’dan cara ‘High PerformanceLiquid Chromagraphy’ yang memerlukan alat-alat ‘ sofistikated’ dan mahal. Kedua-dua ujian ini disediakan hanya di Makmal Rujukan Dadah Kebangsaan di Institusi Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur.
 
 
Diagnosa Klinikal (Clinilcal Assessment)

Diagnosa klinikal adalah proses di mana seseorang yang disyaki sebagai penagih diletakkan di bawah permahatian pegawai perkhidmatan kerajaan untuk memerhati gejala-gejala ketagihan atau gejala-gejala tarikan. Dengan ini adalah jelas bahawa seseorang penagih mesti menunjukkan gejala-gejala tarikan atau gejala-gejala ketagihansebelum dia disahkan sebagai penagih dadah.

Ujian-ujian makmal adalah sebagai sokongan kepada diagnosa klinikal dalam proses pengesahan seseorang sebagai penagih dadah oleh pegawai perubatan.

 
Rawatan detoksifikasi
 
Rawatan-rawatan detoksifikasi dijalankan disemua hospital besar dan beberapa hospital penting yang lain.
 
Rawatan detoksifikasi ialah sejenis rawatan digunakan untuk membersihkan tubuh penagih daripada dadah. Ini dijalankan di bawah pengawasan pegawai perubatan dan penagih ini diberikan ubat-ubatan untuk mengatasi gejala-gejala tarikanyang diakibatkan daripada rawatan detoksifikasi ini. Rawatan detoksifikasi yang diamalkan di pusat-pusat pemulihan dan hospital adalah rawatan ‘Cold Turkey’.