STRATEGI TIGA - PEMULIHAN ( REFORMATIF )

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara
   Strategi Satu
   Strategi Dua
  Strategi Tiga
   Strategi Empat

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Strategi ini bertujuan untuk memutuskan pergantungan kepada dadah dan mencegah penagihan semula. Usaha pemulihan penagih dadah adalah berbentuk reformatif di mana penagih-penagih dipulihkan daripada satu keadaan kepada satu perwatakkan yang bebas daripada pengaruh dadah. Konsep rawatan dan pemulihan yang diamalkan di Malaysia berbentuk ` Cold Turkey’ di mana rawatan diberi tampa menggunakan dadah gantian. Ini berbeza daripada sesetengah negara yang memberi dadah gantian kepada penagih-penagih. Majlis Dadah Kebangsaan telah bersetuju menggunakan ubat-ubatan lain untuk merawat penagih dadah.
 
Pelaksanaan strategi ini memerlukan pengelasan penagih kepada dua kategori iaitu penagih di peringkat mencuba-cuba dan penagih tegar ( Hard Core ) ini supaya modeliti pendekatan rawatan dan pemulihan yang diberikan kepada mereka yang lebih berkesan dan sesuai. Strategi ini menggunakan dua pendekatan iaitu:

              a. Memutuskan pengantungan kepada dadah
              b. Pencegahan penagihan semula

 

Memutuskan pergantungan kepada dadah.

Pendekatan ini melibatkan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

     dancy4.gif (289 bytes) Pengesanan dan pengawasan penggunaan dadah pada peringkat awal.

Aktiviti pengesanan dan pengawasan penggunaan dadah diperingkat awal dijalankan supaya mereka tidak dibiarkan berterusan terlibat dengan penagihan dadah sehingga peringkat serius. Kumpulan ini merupakan pengguna-pengguna baru. Mereka tidak memerlukan pemulihan intensif atau pun pengasingan yang lama kerana penagihan mereka masih di peringkat awal. Kumpulan ini memerlukan sokongan terapi psikososial seperti rundingcara, penerimaan mereka oleh masyarakat dan keluarga, mendapat pekerjaan yang tetap dan suasana alam sekeliling yang menggalakkan mereka ke arah menjauhkan diri daripada dadah. Ini dilaksanakan melalui pengawasan intensif yang melibatkan antara lain pegawai-pegawai pemulihan,guru-guru, ibubapa dan pemimpin masyarakat setempat.

     dancy4.gif (289 bytes) Pemulihan institusi

Kebanyakkan penagih yang telah dikesan di tahun-tahun kebelakangan ini, adalah terdiri daripada penagih-penagih tegar yang telah menggunakan dadah sejak
beberapa tahun. Mereka ini akan meningkatkan permintaan kepada dadah terutamanya Heroin secara berterusan. Mereka akan menyebabkan merebaknya penagihan dadah di kalangan pemuda-pemudi yang lain. Untuk menyara tabiat penagihan, mereka akan menjadi penjual dadah secara kecil-kecilan. Gejala ini
akan membabitkan lebih ramai pemuda lain dalam kegiatan penagihan dadah.
Hanya tindakan penguatkuasaan pencegahan yang kekal dan berterusan akan menyekat daripada menularnya wabak ini.
 
Pemulihan institusi melibatkan pengasingan seberapa ramai penagih daripada masyarakat dan mewajibkan mereka mengikut program rawatan dan pemulihan. Peruntukkan-peruntukkan di bawah Akta Panagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 digunakan bagi memasukkan seberapa ramai penagih yang boleh ke dalam masyarakat supaya menjadi rakyat yang berguna dan produktif. Dalam hubungan ini, kemudah-kemudahan dan pemulihan diperbanyakkan untuk menapong seberapa ramai penagih dadah.
 
Program rawatan dan pemulihan perlu berbentuk reformatif bertujuan melahirkan perwatakan yang bebas daripada dadah di kalangan penagih. Dalam hal ini, unsur-unsur moral dan keagamaan, disiplin, sivik, kemahiran vokasional dan sebagainya akan diberi penekanan. Penagih-penagih dadah akan dilibatkan dalam semua aktiviti sosial dan ekonomi seperti bergotong-royong, kerja amal, kemasyarakatan, pertanian, ternakan dan lain-lain aktiviti ekonomi. Bagi mencapai matlamat ini, setiap golongan masyarakat perlu memberi sokongan masing-masing dengan menerima bekas penagih dadah ke pangkuan masyarakat
 

Pencegahan Semula ( Residivisme )

Program pemulihan ini ditumpukan kepada pengekalan sikap dan perlakuan penagih supaya bebas daripada dadah. Jika tabiat penagihan masih wujud di kalangan bekas penagih, maka program rawatan dalam institusi adalah sia-sia sahaja. Apa yang perlu ialah satu program jagaan lanjutan yang lasak dan intensif yang melibatkan semua golongan masyarakat. Pertubuhan-pertubuhan sukarela seperti PEMADAM, Rukun Tetangga, RELA dan lain-lain hendaklah membantu dalam usaha-usaha menjalankan program dan membantu menyerapkan semua bekas penagih dadah ke dalam masyarakat.
 
Penglibatan golongan ini adalah penting kerana program jagaan lanjutan ini melibatkan masyarakat tempatan dan adalah lebih berkesan jika masyarakat tempatan sedia memainkan peranan aktif dalam menjayakan program ini.
 
Aktiviti-aktivit yang dilaksanakan dalam bidang ini bukan sahaja bertujuan untuk mencegah berlakunya penagihan semula tetapi juga meliputi usaha-usaha untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran di kalangan orang ramai yang bertujuan untuk mengurangkan sikap negatif terhadap bekas penagih dan seterusnya membolehkan penerimaan serta penyerapan semula bekas-bekas penagih di pangkuan masyarakat. Pengalaman menunjukkan bahawa sebab-sebab utama penagih dadah kembali menagih ialah kerana mereka tidak dapat diterima kembali oleh masyarakat.