STRATEGI SATU - PENCEGAHAN

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara
   Strategi Satu
   Strategi Dua
   Strategi Tiga
   Strategi Empat

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah. Ia dibahagikan kepada pencegahan awalan dan pencegahan umum. Objektif pencegahan adalah seperti berikut:

    pointy1.gif (256 bytes) Membentuk pemikiran generasi muda yang akan datang supaya membenci dadah

          Ini memerlukan pendidikan awal yang baik dan teratur dari kecil hinggalah dewasa.
          Peranan serta tanggungjawab masyarakat, terutamanya ibubapa adalah sangat mustahak
          sekali dalam mendidik, mengasuh serta membina sikap dan nilai-nilai positif dikalangan
          anak-anak mereka supaya memandang jijik terhadap dadah. Sungguhpun pembentukkan
          nilai dan sikap ini juga dilaksanakan di dalam sistem pendidikan formal namun
          peranan ibubapa dalam mendidik dan mengasuh anak-anak mereka adalah lebih
          berkesan dan bermakna.

    pointy1.gif (256 bytes) Mengubah sikap dan persepsi masyarakat terhadap kegiatan dadah.

          Masyarakat tidak mengambil berat mengenai masalah dadah sekiranya mereka
          tidak mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan penagihan dadah. Sebaliknya mereka
          mencemuh dan menghina penagih dadah serta keluarga mereka. Mereka ini hanya
          mengambil berat setelah ahli keluarganya terlibat dengan dadah dan ini biasanya telah
          terlewat. Sikap masyarakat sedemikian perlu dikikis dan penglibatan masyarakat dalam
          usaha-usaha pencegahan perlu diperluas dan dipertingkatkan.

    pointy1.gif (256 bytes) Menyediakan alternatif untuk menyekat ahli masyarakat daripada terlibat dengan
          dadah
.

          Ini adalah penting supaya kaum remaja dapat menggunakan masa lapang
          mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Dalam hubungan ini, pertubuhan-
          pertubuhan dalam masyarakat boleh menganjurkan berbagai-bagai aktiviti
          seperti sukan, kebudayaan, pendidikan, agama dan sebagainya. Penglibatan
          mereka dalam aktiviti yang sihat ini boleh menghindar mereka daripada terjebak
          dalam kancah dadah.

PENCEGAHAN UMUM

Penglibatan masyarakat merupakan usaha penting dalam program pencegahan umum.
Strategi pencegahan umum digiatkan melalui penglibatan masyarakat, penerangan,
pencegahan di tempat kerja, gerak saraf dan publisiti.

Usaha di atas boleh digiatkan melalui penglibatan sektor agama, pertubuhan, organisasi,
badan bukan kerajaan, sektor swasta dan awam serta tindakan bersepadu daripada
semua agensi kerajaan. Program penerangan dan publisiti umum pula akan disalurkan
melalui pelbagai jenis media untuk menyebarkan masej-masej pencegahan dadah kepada
semua lapisan masyarakat. Dalam pencegahan umum, usaha untuk melibatkan semua
lapisan masyarakat secara menyeluruh perlu diperhebatkan. Masyarakat perlu terlibat
dalam semua bidang pengawalan dan pencegahan dadah.

 

PENCEGAHAN AWALAN

Kita tidak mungkin dapat menghapuskan sama sekali bekalan dadah dalam negara
kerana corak penyeludupan dan pengedaran dadah amat sofistikated. Ini kerana,
jika bekalan dadah utama seperti Heroin sukar diperolehi, penagih akan beralih
kepada lain-lain jenis dadah. Bagi mengatasi masalah ini, pendekatan yang diambil
untuk membebaskan individu, masyarakat dan negara daripada gejala penagihan
dadah ialah melalui pencegahan awalan.

Pencegahan awalan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk
melindungi seseorang daripada terlibat dengan penggunaan dadah seseorang itu
perlulah mempunyai kefahaman / kesedaran dalam dirinya yang boleh mencegahnya
daripada dipengaruhi oleh anasir-anasir yang menyebabkan dirinya terperangkap
dengan dadah. Ini bermakna dengan wujudnya kekuatan ini , seseorang remaja akan
berjaya mencegah dirinya daripada terlibat dengan dadah walaupun ianya mudah
dan senang diperolehi. Strategi ini dianggap dalam membenteras masalah dadah.

Pencegahan awalan melibatkan usaha-usaha bagi membina kekuatan dalaman diri
seseorang itu yang boleh mencegahnya daripada dipengaruhi dadah. Ianya lebih
menitikberatkan usaha pembentukkan rohani yang baik dengan sikap dan nilai-nilai
keagamaan, moral, budaya dan sosial yang tinggi. Pembinaan nilai-nilai ini boleh dibuat
terutamanya melalui proses pendidikan yang bermula semasa seseorang itu masih
kanak-kanak lagi hinggalah ia membesar seseorang remaja. Pembinaan nilai-nilai ini
juga berlaku melalui pergaulan dan pengaruh alam sekitar di mana seseorang itu
membesar.

Di Malaysia program pencegahan awalan memberi penekanan kepada usaha-usaha
mewujudkan satu keadaan yang dapat menyekat anggota masyarakat daripada
terlibat dengan penggunaan dadah.