PROGRAM PENGAWASAN

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah
Pendidikan
Penerangan
Pemulihan
Penguatkuasaan

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 
Agensi Dadah Kebangsaan      Jabatan Penjara Malaysia      Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Program pengawasan merupakan satu cara pemulihan yang dilaksanakan dalam masyarakat. Penagih-penagih dadah selepas menjalani detoksifikasi akan diletakkan di bawah pengawasan seorang pegawai pemulihan. Kes-kes yang sesuai untuk pemulihan cara ini biasanya mendapat kerjasama dan sokongan daripada ahli-ahli keluarga, jiran, majikan dan rakan sekerjanya. Faktor yang lebih penting adalah motivasi yang tinggi daripada individu itu sendiri. Proses pemulihan secara pengawasan mengandungi peringkat-peringkat berikut:-

          * Mendaftaran dan dokumentasi
          * Orientasi
          * Perbincangan menentukan objektif
          * Rancangan pemulihan
          * Ujian air kencing
          * Kaunseling
          * Penempatan pekarjaan
          * Penglibatan ahli keluarga dan ahli masyarakat

 

Pemulihan secara pengawasan ini dilaksanakan untuk tempoh masa antara 2 hingga 3 tahun. Oleh kerana kes-kes yang menjalani pemulihan dengan cara ini bergaul bebas dalam masyarakat, masalah yang sering timbul ialah untuk mengawal dan mengawasi kes-kes ini supaya dapat diberikan input pemulihan secara berkesan. Usaha-usaha dan bantuan daripada anggota masyarakat dalam menyediakan pelbagai kemudahan seperti membatu penyelenggaraan pusat-pusat harian setempat akan dapat meningkatkan keberkesanan pemulihan secara pengawasan.

 

                            Program Pengawasan
                            Program Pemulihan Institusi
                            Pusat Serenti
                            Seliaan Lanjutan dan Jagaan Lanjutan
                            Pusat Khidmat Nasihat (PKN)