PROGRAM YANG TELAH DAN AKAN DIJALANKAN

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah
Pendidikan
Penerangan
Pemulihan
Penguatkuasaan

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah yang telah dan akan dijalankan adalah seperti berikut:

   Kurikulum

  i) Pusat Perkembangan Kurikulum

     Penyediaan Kurikulum Pendidikan Pencegahan Dadah adalah di bawah
     tanggungjawab Pusat Perkembangan Kurikulum. Pendidikan yang digunakan
     untuk melaksanakan usaha ini ialah :

    circ6.gif (239 bytes)  Menyisipkan unsur-unsur pendidikan pencegahan dadah dalam mata
          pelajaran: Agama Islam / Moral, Bahasa , Sains, Kesihatan dan Kemahiran
          Hidup di dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah.

    circ6.gif (239 bytes) Orientasi guru mengenai kaedah mengajar pendidikan pencegahan
          dadah dengan bantuan alat pandang dengar / bahan alat mengajar.

    circ6.gif (239 bytes)  Penyediaan program pendidikan pencegahan dadah melalui media
          TV dan Radio Pendidikan. 

  ii) Bahagian Pendidikan Guru

    circ6.gif (239 bytes)  Menyediakan kurikulum pendidikan pencegahan dadah bagi guru pelatih
          di Maktab Perguruan.

    circ6.gif (239 bytes)  Mengadakan program khas yang melibatkan guru pelatih secara langsung
          dengan mengadakan program pencegahan dadah di Maktab Perguruan.

   Ko-kurikulum

   Aktiviti ko-kurikulum secara amnya di bawah tanggungjawab Unit Ko-kurikulum,
   Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan. Hal-hal mengenai dadah diuruskan
   oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan. Antara program
   yang telah dijalankan ialah :-

     dancy4.gif (289 bytes)  Memastikan penyertaan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum ( pelajar
          diwajibkan mengambil 2 daripada 3 bidang: Sukan dan permainan, Kelab
          dan Persatuan, Pasukan Pakaian Seragam)

     dancy4.gif (289 bytes)  Mengadakan dari masa kesemasa pertandingan, peraduan menulis esei,
           poster dan logo anjuran Kementerian dengan kerjasama agensi-agensi luar
           dan pihak swasta.

     dancy4.gif (289 bytes)  Mengiatkan Kelab Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dan maktab
           perguruan.

     dancy4.gif (289 bytes)  Menubuhkan Kelab Anti Dadah di sekolah dan maktab perguruan

   Latihan Guru

   Institusi pengajian tinggi dan maktab perguruan berperanan
   melatih guru untuk menjadi guru bimbingan kaunseling di sekolah.
   Antara aktiviti yang dijalankan adalah:-

   i. Mengiatkan latihan guru bimbingan dan kauseling di pusat pengajian tinggi
      dan maktab seperti :-

        * Universiti Putra Malaysia menjalankan program Sarjana Muda Pendidikan
            (Kaunseling)
        * Universiti Kebangsaan Malaysia menjalankan program Diploma Psikologi
           (Kaunseling)
        * Maktab Perguruan Ilmu Khas/Sijil Kaunseling(1 tahun) dan Kursus Kaunseling
           Dalam Cuti Sekolah (selama 7 minggu)
Kira-kira 2000 guru telah dilatih di institusi-institusi/pusat-pusat ini.
   ii. Latihan guru di seberang laut untuk Ijazah Lanjutan Bimbingan dan Kaunseling
  iii. Menganjurkan seminar/bengkel dari masa ke semasa bagi Pegawai Khas (pendidikan
       pencegahan dadah) dan Guru Bimbingan dan Kaunseling dari segi pendidikan
       pencegahan dadah

 

   Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

   Pengurusan khidmat bimbingan dan kaunseling untuk sekolah menengah di
   selaraskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Bahagian Sekolah-sekolah

   i. Meningkatkan keberkesan perkhidmatan menolong melalui kaunseling
      kepada pelajar khususnya di sekolah menengah dengan :
      * Menempatkan guru terlatih dalam bidang ini di sekolah menengah.
      * Memberi kemudahan-kemudahan masa dan bilik rundingcara dalam
         mengendalikan masalah salah laku termasuk penglibatan dengan dadah.

   ii. Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan Pegawai Kebajikan
       Sekolah di Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam mengendalikan kes-kes di luar
       sekolah dan di rumah mungkin antaranya meliabtkan kes-kes dadah.

   iii. Mencuba konsep Pembantu Rakan Sebaya di kalangan pelajar sekolah untuk
        tujuan rakan menolong rakan.

   iv. Menggiatkan usaha Kelab Bimbingan dan Kaunseling / Kerjaya bagi
        menambahkan kefahaman mengenai kerjaya disamping mencegah.

 

   Projek-projek Khas
 
   Projek-projek khas mencegah dadah di kalangan pelajar yang diuruskan
   oleh Bahagian Sekolah melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan
   kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri adalah seperti berikut:-

  i. Kem Jayadiri - Kem ini khas untuk pelajar-pelajar bermasalah / berisiko tinggi
      termasuk dadah. Penekanan diberikan terhadap nilai-nilai murni keagamaan dan moral,
     disiplin diri, memahami potensi diri, berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

  ii. Kursus Kesedaran Pelajar – Bertujuan menanam sikap benci dadah dan
       memahami kesan-kesan / akibat dadah pada diri, keluarga, masyarakat, ekonomi
       negara dan keagamaan.

  iii.Skim Lencana Anti Dadah - Skim ini diikuti oleh pelajar yang menyertai
       pasukan-pasukan seragam di sekolah seperti Pengakap, Pandu Puteri, Saint John’s
       Ambulan, Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah. Skim ini
       bertujuan untuk mengadakan sekumpulan pelajar yang boleh menyebarkan masej anti
       dadah, menolong rakan yang mungkin terlibat, seterusnya aktif dalam aktiviti pencegahan
       dadah. Skim ini telah dilancarkan pada 26 Mac 1986 oleh Menteri Pendidikan dan kini
       meliputi seluruh negara.

 

                       Program-Program Di Sekolah
                       Program-Program Sekolah Yang Berorientasikan Masyarakat
                       Program Yang Telah Dan Akan Dijalankan