RAWATAN BAGI PENAGIH OPIAT

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah
   Opiat
   Kanabis
   Depresan
   Stimulan
   Halusinogen
   Designer Drugs

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penagih opiat dirawat dengan pelbagai cara.Di antara rawatan ditoksifikasi ialah rawatan Cold Turkey di mana tiada ubat/dadah digunakan dan penagih terpaksa mengalami sindrom gejala tarikan.Di negara lain rawatan menggunakan dadah gantian seperti metadon diamalkan.Rawatan menggunakan akupuntur juga telah dicuba dan didapati berhasil apabila penagih mempunyai motivasi kuat untuk pulih dan pihak yang merawat mempunyai kepakaran dan dedikasi.Rawatan tradisional tidak dapat dinilai keberkesanannya kerana maklumat mengenai prosedur rawatan sukar diperoleh atau tidak didokumentasikan.

Rawatan Cold Turkey

Rawatan Cold Turkey ialah sejenis rawatan membersihkan dadah daripada tubuh badan penagih tanpa menggunakan sebarang dadah gantian atau ubat.Dengan cara ini,penagih ditahan daripada menggunakan dadah dan terpaksa mengalami gejala tarikan.Kesakitan atau kehebatan gejala tarikan ini bergantung kepada tahap ketagihan sebelum rawatan.Walau bagaimanapun,langkah-langkah tertentu diambil untuk menentukan bahawa kesihatan dan nyawa penagih tidak terancam kerana rawatan ini.Penagih terpaksa menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk menentukan ia tidak menghidap penyakit tertentu dan tidak ketagih kepada barbiturat.Rawatan Cold Turkey dijalankan di negara ini bertujuan untuk menyedarkan para penagih betapa pahit,sengsara dan seriknya hidup apabila ketagih.Dengan keinsafan ini,adalah diharapkan bahawa mereka tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Rawatan Menggunakan Dadah Gantian

Metadon,sejenis bahan kimia dalam kumpulan dadah opiat sintetik merupakan salah satu dadah gantian yang digunakan sebagai rawatan ditoksifikasi secara saraan(maintenance).Ia mempunyai kesan yang serupa dengan heroin /morfin untuk mencegah daripada berlakunya gejala tarikan kerana ketiadaan heroin,serta memenuhi keinginan fizikal seseorang penagih dadah untuk mengambil heroin.Walau bagaimanapun,metadon mempunyai kesan jangkamasa bertindak yang lebih lama daripada heroin(24 jam) apabila ditelan/diminum.

Untuk tujuan ditoksifikasi,metadon akan diberi dengan dos yang berkurangan sehingga penagih itu bebas daripada dadah .Akan tetapi rawatan ditoksifikasi menggunakan metadon adalah rumit kerana metadon sendiri menyebabkan pergantungan dan meniggalkan kesan tarikan walaupun tidak seteruk heroin.

Untuk rawatan saraan,penagih dirawat sebagai pesakit luar dan diberi minum satu dos metadon sehari.Dos metadon yang besar perlu diberi untuk menghilangkan rasa gian heroin dan ini boleh menyebabkan rasa mengantuk. Penagih juga perlu datang ke klinik setiap hari untuk mendapatkan dos metadon. Ini membebankan dan meraka tidak dapat menjalankan tugas harian dengan licin. Metadon juga telah dijual dan diedar secara haram,di mana ia telah mewujudkan penagih-penagih metadon yang tidak pernah menggunakan heroin.

Rawatan seperti ini terdapat di beberapa negara seperti Hong Kong dan United Kingdom dan pernah dijalankan di Malaysia sehingga tahun 1977.Rawatan secara memberi dadah gantian ini telah dihentikan kerana metadon merupakan sejenis dadah yang boleh menyebabkan pergantungan dan boleh disalahgunakan.Penagih heroin yang tidak mendapatkan kepuasan daripada metadon akan kembali kepada tabiat asalnya dan memberi bekalan metadonnya kepada mereka yang tidak pernah menagih.Penggunaan metadon sebagai dadah gantian untuk heroin juga tidak sejajar dengan dasar hidup bebas daripada dadah.

Rawatan Menggunakan Opioid Antagomists

Opioid antagonists contohnya naltrxone dan neloxone,adalah bahan-bahan yang mempunyai struktur kimia yang menyerupai morfin tetapi tidak mengakibatkan kesan-kesan yang menagihkan seperti morfindan heroin.Malh jika digunakan dengan sendiri ia tidak mempunyai apa-apa kesan yang ketara.

Jika digunakan bersama-sama morfin atau heroin,naltrexone mempunyai kesan-kesan seperti berikuti:-
     I )jika heroin digunakan dahulu diikuti dengan naltrexone,kesan-kesan withdrawal
         akan timbul.
     II)Jika naltrexone digunakan sebelum menagih heroin,heroin yang diambil tidak
         menimbulkan apa-apa kesan negatif.

Naltrexone berguna untuk mencegah penagihan semula kerana heroin yang diambil tidak menimbulkan apa-apa kesan.Akan tetapi penagih-penagih yang dirawat menggunakan naltrexone perlulah mereka yang terdiri daripada motivasi yang kuat untuk sembuh kerana mereka masih perlu menggunakan naltrexone walaupun kesan-kesan subjektif tidak dapat dirasakan.Penggunaan naltrexone di Malaysia masih dalam peringkat ujian dan satu kajian sedang dijalankan di seluruh negara sekarang.Adalah didapati bahawa sokongan dalam bentuk kaunseling atau lain-lain adalah perlu untuk menjayakan rawatan menggunakan naltrexone.

Jenis-jenis Opiat
Kesan Penggunaan Opiat
Bahaya Penagihan Opiat
Masalah Psikologi\Sosial Penagih
Rawatan Bagi Penagih Opiat