SEDATIF - HIPNOTIK

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah
   Opiat
   Kanabis
   Depresan
   Stimulan
   Halusinogen
   Designer Drugs

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
          Sejarah Penggunaan
Asid barbiturat mula dikeluarkan oleh von Baeyer di Jerman dalam tahun 1963.Ia mengambil sempena nama ‘Hari St. Barbara’ iaitu hari ia dikeluarkan.
Derivatif asid barbiturat yang dinamakan barbital telah dikeluarkan oleh von Mering dan Fisher,dan dipasarkan sebagai ubat dalam tahun 1903 dengan menggunakan jenama pasaran Veronal.Ia diikuti dengan pelbagai jenis barbiturat dan untuk 50 tahun yang berikutnya,barbiturat merupakan sedarif-hipnotik yang paling banyak kegunaan.Bilangan preskrepsi di United Kingdom meningkat sehingga 24.7 juta dalam tahun 1968 sahaja.Ini telah mengakibatkan satu epidemik penyalahgunaan di kalangan para remaja yang mendapatkan bekalan mereka dengan mudah.Bahaya barbiturat mula disedari dengan kematian beberapa orang penyanyi dan penghibur terkenal.Walaupun kempen untuk menghadkan bilangan preskrepsi barbiturat telah dilancarkan di United Kingdom,masih terdapat 8.8 juta preskrepsi yang dikeluarkan dalam tahun 1973di England dan Wales.

 

Kegunaan Perubatan
 
Terdapat sebanyak 2500 jenis sedatif-hipnotik barbiturat yang mana 50 jenis telah diluluskan untuk kegunaan perubatan.Walau bagaimanapun hanya 12 jenis sahaja yang digunakan secara luas masa kini.Penggunaan bahan-bahan ini adalah terhad kepada dos-dos kecil untuk melegakan keresahan dan mengurangkan ketegangan emosi serta menyebabkan tidur.Sesetengah jenis dadah digunakan untuk merawat penyakit gila babi.

 

Kesan Dan Bahaya Penggunaan
 
(i)Penggunaan dos besar menyebabkan pertuturan kurang jelas,berjalan terhuyung-
    hayang,hilang pertimbangan,marah-marah dan suka bertengkar.
(ii)Pergantungan secara fizikal dan daya tahan meningkat.Apabila penggunaan
    dihentikan dengan tiba-tiba,gejala tarikan seperti berikut akan berlaku
              -tidak boleh tidur
              -lemah/lesu
              -suhu badan meningkat
              -tekanan darah rendah
              -sakit-sakit anggota
              -muntah-muntah
              -bingung
              -mata terkelip-kelip
              -sawan dan maut
(iii)Penggunaan dos berlebihan selalu berlaku apabila barbiturat diambil bersama 
     alkohol .Ia menyebabkan keadaan tidak sedar diri(koma) dan maut kecuali
     dengan rawatan kecemasan segera.

 

Penyalahgunaan Barbiturat
 
     Barbiturat boleh disalah gunakan dengan cara-cara berikut:-
           (i)Kapsul barbiturat dipecahkan dan isinya dilarutkan dalam air,lalu disuntik.
               Ini menggalakkan jangkitan penyakit malalui alat-alat suntikan kotor yang
               dikongsi.
           (ii)Barbiturat juga digunakam selepas amfetamin untuk menenangkan diri.
           (iii)Barbiturat dicampurkan dengan heroin untuk melebihkan keuntungan
                pengedar.
    
Sedatif-hipnotik
Tranquilizer