Make your own free website on Tripod.com

KEJAYAAN


 


Berita Semasa

Takwim SLAD

Organisasi SLAD

      Pentadbiran SLAD
      Organisasi SMKTT
      SLAD 1
      SLAD 2
      SLAD 3

Aktiviti SLAD

      Melukis Mural
      Pentomin
      Poster Anti Dadah
      Laman Web SLAD

Kejayaan

Nostalgia

 

                                   


Opiat
      Jenis 
      Bahaya
      Kesan
Kanabis
      Jenis
      Bahaya
      Kesan
Depresan
Stimulan
      Amfetamin
      Kokain
      Syabu
Halusinogen
Designer Drugs
Sebab
Akibat
Tanda

 

 


 


        SEARCH FOR...

 

 

 

 


[ Swatch Internet Time ]

Pengenalan

Skuad Skim Lencana Anti Dadah SMKTT telah menghasilkan hasil kerja yang cukup bermutu yang telah membawa kepada kejayaan cemerlang dalam semua aspek yang diharapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelaksanaan Skuad SLAD di Malaysia.

Anugerah Buku Skrap Terbaik- Tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga

3 orang anggota skuad SLAD ke-3 telah membolot ketiga-tiga tempat bagi Pertandingan Buku Skrap SLAD Peringkat Daerah Tahun 2000.Anggota-anggota tersebut ialah Nadira Binti Jamil,Sarah Hanis Binti Abdullah dan Fatima Anne Sebastian.Pada hari ini juga beberapa pelajar SMK Taman Tasik telah mewakili skuad SLAD SMK Taman Tasik bagi Pertandingan Nasyid, Pertandingan Dikir Barat,Pertandingan Sajak dan Pertandingan Poster.

Jambori SLAD 2000 - Zon Utara-Timur

Jambori SLAD telah diadakan di Pulau Langkawi, Kedah di peringkat zon utara pada 28-31 Mei 2000.Enam buah negeri telah menghantar wakilnya,iaitu Perak,Perlis,Kedah,Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang.Bagi negeri Perak, 40 orang pelajar telah dihantar dan 6 orang daripadanya merupakan pelajar SMK Taman Tasik.Pelajar-pelajar tersebut ialah Mohd. Nor Hazli Bin Nordin,Remeena Low,Asraf Bin Jaafar Sidik,Affizul Hakim Bin Adnan,Emi Nashella Binti Zulkifly,Larvenys Vijay a/p Vijayan.

Buku Skrap Dan Buku Log

Antara kejayaan yang diperolehi ialah penghasilan buku skrap dan Buku Log terbaik di negeri Perak. Folio-folio dan buku-buku log SLAD ini seringkali dijadikan bahan pameran oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Remeena Low, ahli Skuad SLAD telah menghasilkan sebuah folio yang dikatakan sebagai folio yang terbaik di Perak dan salah satu yang terbaik di seluruh Malaysia.

Jambori SLAD 1999

Empat ahli Skuad SLAD yang pertama telah terpilih untuk menyertai Jambori SLAD. Mereka adalah Mohd. Nor Hazli bin Haji Nordin, Asraf bin Jaafar Sidek, Yong Adilla bt Shamsul Harumain dan Rimeena Low. Sekali lagi Remeena Low telah dipilih sebagai peserta Jambori SLAD yang terbaik di seluruh Perak.Skuad SLAD SMKTT juga telah diberi pengiktirafan sebagai Skuad SLAD yang terbaik di negeri Perak oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Ini adalah salah satu daripada kejayaan yang paling bersejarah bagi Skuad SLAD SMKTT.

Laman Web SLAD

Skuad SLAD SMKTT juga telah mengadakan laman web yang tersendiri. Projek ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh semua ahli SLAD ke-3 SMKTT. Cetakan pertama laman web ini telah dibawa kepada Encik Mohd. Fuzy b Hj Mohd. Nor iaitu Pegawai dari Unit Pendidikan Pencegahan Dadah di Jabatan Pendidikan Negeri Perak oleh Encik Jamaluddin b. Mansor, Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah di Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama sebagai Laman Web Anti Dadah yang pertama dan terbaik di seluruh Perak. Cetakan ini kemudian dibawa ke peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dan ia telah diiktiraf sebagai Laman Web Anti Dadah yang terbaik di Malaysia.Sehubungan dengan itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Aziz b. Shamsuddin akan merasmikan laman web SMKTT pada bulan Julai tahun 2000.

Sijil Dan Lencana SLAD

Seramai 15 orang ahli Skuad SLAD 1 dan 25 orang ahli Skuad SLAD telah menerima Sijil dan Lencana SLAD yang penuh bermakna dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil kerja Affizul Hakim b. Adnan seorang ahli dari Skuad SLAD 2 telah terpilih sebagai penyertaan yang terbaik bahagian folio tahun 1999.

Karnival Kegiatan Seni Jauhi Dadah

Skuad SLAD SMKTT juga telah menyertai pelbagai kegiatan Seni Jauhi Dadah. Skuad SLAD SMKTT telah mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan Boria tahun 1998. Pada tahun 1999 pula Skuad SLAD SMKTT telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan menulis esei Daerah Larut Matang dan Selama anjuran Pejabat Pendidikan Daerah.

Dedikasi Dan Kecekalan

Tambahan pula, sikap setiap ahli Skuad SLAD SMKTT seringkali dipuji dan disukai ramai. Semangat untuk mencegah penyalahgunaan dadah di Malaysia ini telah membawa kepada kejayaaan. Kejayaan yang cukup cemerlang pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Walau bagaimanapun, Skuad SLAD SMKTT berharap akan dapat meninggikan lagi semangat setiap ahli untuk mencapai matlamat kami dan Kementerian Pendidikan Malaysia dan berjaya dengan lebih cemerlang pada masa yang akan datang.

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi maklumat, sila email kepada webmaster