AGENSI-AGENSI
YANG TERLIBAT DALAM TINDAKAN
ANTI DADAH
Majlis Dadah Kebangsaan
Bidang Tugas Menggubal dan menentukan pelaksanaan dasar dadah negara berhubung dengan
pencegahan,
penguatkuasaan, pemulihan dan kerjasama antarabangsa.
Memantau (
monitoring ) semua aktiviti dan rancangan yang berkaitan dengan pengawalan dan
pencegahan dadah.
Objektif
Menghapuskan
masalah dadah demi melahirkan masyarakat yang bebas dari dadah.
Agensi Dadah Kebangsaan
Bidang Tugas
Melaksanakan
program pencegahan
Melaksanakan
program rawatan dan pemulihan
Meningkatkan
sistem pengumpulan maklumat mengenai dadah serta membuat penilaian akan
keberkesanan program anti dadah negara.
Meningkatkan
kerjasama serantau dan antarabangsa dengan lebih aktif lagi dalam usaha
memerangi masalah dadah.
Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah
Kebangsaan.
Objektif
Memerangi masalah dadah ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bebas dari dadah.
Latar Belakang
Agensi Dadah Kebangsaan
1972 - Pusat Biro Narkotik
1978 - Unit Bertindak Eksekutif
1979 - Urusetia Dadah
1983 - PPAD Jabatan Perdana Menteri
1995 - PPAD Kementerian Dalam Negeri
1996 - Agensi Dadah Kebangsaan
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM )
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah ditubuhkan pada
26hb Mac, 1976. Gagasan penubuhan PEMADAM kebangsaan sebagai Badan Bukan Kerajaaan utama
untuk memerangi ancaman dadah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua ketika
itu, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein. Perasmian Pelancaran Penubuhan PEMADAM
Kebangsaan telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia
yang ketiga di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan pada tarikh dan
masa yang sama mesyuarat Agung telah diadakan. Penaung bagi persatuan kebangsaaan ialah
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Dr Mahathir Mohammad.