SKUAD SKIM LENCANA ANTI DADAH
                                       (SLAD)
                                   S.M.K TAMAN TASIK TAIPING
 

Info Dadah

Aktiviti SLAD SMKTT

 

Organisasi

Berita Semasa

Kejayaan

Renungan Bersama

Link

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

g4.bmp (273474 bytes)

     Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli persatuan berpakaian seragam sekolah menengah dalam aktiviti anti dadah di sekolah dan akhirnya di masyarakat luar.Aktiviti ini adalah sebahagian daripada aktiviti berpersatuan berpakaian seragam sekolah yang menyertainya. Di samping menjalankan aktiviti persatuan yang telah ditetapkan, pemimpin/penasihat persatuan berkenaan hendaklah memasukkan aktiviti anti dadah dalam aktiviti persatuan. Ahli-ahli persatuan yang menyertai Skim secara berterusan akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah selepas diadakan penilaian.Dengan menyertai Skim ini, anda telah memberikan sumbangan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah anda. Sekurang-kurangnya anda tahu akan bahaya dadah dan bagaimana anda dan rakan-rakan anda boleh menjauhkan diri dari penyalahgunaan dadah.

gldglobe.gif (54887 bytes)

    Terlebih dahulu tahniah kepada skuad Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Taiping di bawah bimbingan Cik Manjula Padmanathan kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan penglibatan mereka di dalam pelbagai aktiviti sama ada di peringkat sekolah, daerah mahupun di peringkat negeri. Skim ini diselaraskan oleh Encik Mohd Arif Bin Ramli, Pengetua SMK Taman Tasik dan dibantu oleh Guru Kanan Pentadbiran, Encik Jaafar Sidek Bin Mat Jusoh, Guru Kanan Hal Ehwal Murid Encik Mohd Zaki Bin Hj Hamid, Guru Kanan Kokurikulum Encik Mohd Ravi Bin Abdullah dan juga guru-guru SMK Taman Tasik.

 

    Pada awal penubuhan SLAD di sekolah ini, ia telah pun dapat mewujudkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan berdisiplin. Skuad SLAD merupakan sebuah pertubuhan atau persatuan yang ditubuhkan di sesebuah sekolah untuk membantu pihak pentadbir dalam membanteras gejala dadah. Meraka yang dipilih untuk menganggotai skuad SLAD ini bukan sahaja mewujudkan kesedaran dalam diri mereka malahan sanggup bersama-sama menangani masalah dadah yang semakin menular di kalangan remaja masa kini. Di antara pencapaian skuad SLAD SMK Taman Tasik ialah dengan pemilihan salah seorang daripada ahli skuad SLAD pertama iaitu Rimeena Low sebagai seorang ahli Slad yang paling cemerlang di negeri Perak. Selain itu, 4 orang ahli SLAD pertama iaitu Asraf, Mohd Nor Hazli, Yong Adila, dan Rimeena Low telah menerima sijil daripada Dato Seri Megat Junid Megat Ayob, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Folio yang dihasilkan oleh ahli-ahli SLAD SMK Taman Tasik juga telah dijadikan sebagai folio contoh untuk pameran dadah. Kini skuad SLAD SMK Taman Tasik telah diakui sebagai salah sebuah skuad SLAD yang paling berjaya. Diharapkan setiap ahli SLAD SMK Taman Tasik akan mempertahankan prestasi serta pencapaian mereka di masa yang akan datang.

 

 

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin memberi maklumat dan gambar-gambar yang berkaitan dengan dadah, sila hantar melalui email ini:

nbr.gif (1167 bytes)     bottlemail.gif (22985 bytes)     nbl.gif (1161 bytes)