INFO  DADAH
 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah

Dadah Dari Sudut Agama

 

  

     Malaysia memang serius di dalam menangani masalah dadah. Pendekatan dan strategi
baru di dalam memerangi masalah dadah akan menekankan pengurangan permintaan untuk
dadah [demand reduction]. Untuk melaksanakan program melalui pendekatan dan strategi
baru ini kerajaan telah mewujudkan Majlis Dadah Kebangsaan dan Agensi Dadah Kebangsaan
yang bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan model-model pencegahan serta
rawatan dan pemulihan dadah.

     Masalah dadah perlu dibanteras supaya kehidupan dan masa depan anak-anak kita terpelihara.
Program pencegahan hendaklah dijadikan program utama dan merupakan usaha berterusan
yang berpanjangan. Penerapan pendidikan dadah dalam kurikulum dan ko-kurikulum di
sekolah-sekolah perlu diberi perhatian serius supaya pelajar-pelajar diberi pengetahuan dan
kemahiran untuk menolak dadah. Adalah menjadi harapan semua lapisan masyarakat supaya
semua agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan pihak swasta mengambil tindakan
bersama bagi menengani masalah dadah. Kerjasama erat terutamanya di antara Kementerian
Pendidikan dan Agensi Dadah Kebangsaan adalah sangat diperlukan bagi merealisasikan
wawasan sekolah tanpa dadah.

 

 chain.gif (2371 bytes)

Email: slad_smktt@yahoo.com

 chain.gif (2371 bytes)