DASAR DADAH NEGARA

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Pada 7 Februari 1996, kerajaan membuat satu penukaran kepada arah tuju negara memerangi
dadah dengan mewujudkan Majlis Dadah Kebangsaan(MDK)bagi mengantikan Jawatankuasa
Anti-Dadah (JKAD) Kebangsaan. Keputusan ini juga telah mepengaruhi Dasar Dadah Negara
masa kini . MDK dalam mesyuarat MDK 2/96 pada 11Julai 1996 telah mengatur strategi baru
dalam Dasar Dadah Negara seperti berikut:-
 
           i) pencegahan
          ii) penguatkuasaan
         iii) pemulihan
         iv) kerjasama antarabangsa
 

LATAR BELAKANG

 
Kerajaan menangani masalah dadah pada awalnya dengan penguatkuasaan sebagai strategi
utama, diikuti dengan pencegahansebagai strategi kedua, dan seterusnya perundangan dan penyelidikan serta yang terakhir ialah kerjasama antarabangsa.
 
Pada awal 1983, kerajaan telahmengambil satu pendekatan baru dalam usaha memerangi
wabak dadah di negara ini. Dalam tahun tersebut, masalah dadah telah diistiharkan sebagai
satu ancaman kepada keselamatan negara. Falsafah dasar ini9 untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah. Pada masa itu juga dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Pengistiharan ini dibuat memandangkan bahawa :-
a) penagihan dadah dalam negara akan mencapai tahap epidemik(epidemic propotion)
     sekiranya langkah-langkah tegas tidak diambil untuk membanterasnya .
b) sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang
     dan harapan negara di masa hadapan dan
c)penagihan dan pengedaran dadah yang berleluasa boleh mengamcam kesejahteraan
    sosio-ekonomi , rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan
    nasional dan keselamatan negara.
Pada tahun 1985, JKAD telah merumuskan Dasar Dadah Negara di mana pencegahan
dijadikan strategi utama merangkumi pencegahan awalan, pecegahan kemasukan serta penguatkusaan undang-undang dan ini diikuti oleh pemulihan. Pencegahan dan pemulihan
adalah dua strategi utama, manakala kemajuan tenaga manusia dan penilaian kerjasama antarabangsa dan penyelarasan merupakan strategi sokongan. Dasar ini telah ditukarkan
kepada strategi yang baru oleh Majlis Dadah Kebangsaan.

ASAS-ASAS PETIMBANGAN DALAM MERUMUSKAN DASAR DAN
STRATEGI ANTI-DADAH NEGARA

Selama ini tindakan anti-dadah di Malaysia adalah berpandukan kepada strategi berikut:-
 
                a.pengurangan bekalan(supply reduction) dan
                b.pengurangan permintaan(demand reduction).
Rasional bagi strategi ini ialah jika bekalan dan permintaan dadah dapat dikurangkan

Maka masalah dadah akan dihapuskan sama sekali.

DASAR DAN STRATEGI NEGARA MASA KINI
 
Keparahan masalah dadah pada tahun 1996 telah membayangkan bahawa dadah
masih diseludup, masih boleh diperolehi pada keadaan penagihan terus meningkat.
Satu perumusan semula strategi dadah negara telah dibuat dengan menukar pendekatan
konsep dan mengatur semula keutamaan strategi. Seranai keutamaan strategi yang
telah diatur semula dan diluluskan oleh MDK ialah pencegahan, penguatkuasaan,
pemulihan dan kerjasama antarabangsa.

                                   Strategi Satu - Pencegahan
                                   Strategi Dua - Penguatkuasaan
                                   Strategi Tiga - Pemulihan ( Reformatif )
                                   Strategi Empat - Kerjasama Antarabangsa