MASALAH DADAH DI MALAYSIA
 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia
   MDK
   ADK
   Agensi Lain

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JENTERA PENTADBIRAN DADAH

Usaha awal kerajaan bagi menghadapi masalah dadah adalah melalui tindakan undang-undang dengan menggunakan Akta Dadah Berbahaya 1952.Walau bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang ini dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan berkenaan secara berasingan.Usaha-usaha untuk menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang ini hanya mula dibuat pada tahun 1972,apabila Pusat Biro Nakotik bertanggungjawab mengawal dan mengawas masalah dadah dalam bidang penguatkuasaan,pencegahan,penyelarasan dan penyelidikan.Biro ini dibubarkan dan diganti dengan Urusetia Dadah pada Ogos 1979 dan pada 1983 diganti oleh Pasukan Petugas Anti Dadah.Tugas penguatkuasaan Biro diambil alih oleh Cawangan Anti Dadah,Polis DiRaja Malaysia.Pasukan Petugas Anti Dadah akhirnya dimasukkan ke Kementerian Dalam Negeri 1995.Agensi Dadah Kebangsaan diwujudkan pada 1996 setelah kerajaan bersetuju terhadap hasil percantuman Pasukan Petugas Anti Dadah dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah,Kementerian Dalam Negeri.

Setelah organisasi di atas,negara juga mempunyai jawatankuasa khusus seperti penubuhan jawatankuasa Kabinet Mengenai Dadah pada tahun 1975.Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mnyemak dan menetapkan satu dasar mengenai penggunaan,pencegahan dan pembasmian dadah.Di samping itu,Unit Bertindak Eksekutif yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri juga telah ditubuhkan dalam tahun 1978.Unit ini bertanggungjawab kepada jawatankuasa Kabinet Mengenai Dadah,untuk menyelaras pelaksanaan segala keputusan/perakuan mengenai masalh dadah sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara pada 22 Jun 1983.Kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Anti Dadah Kebangsaan dan diletak di bawah Majlis Keselamatan Negara.Pada 7 Februari 1996,kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Dadah Kebangsaan menggantikan Jawatankuasa Anti Dadah untuk mencegah dan mengawal masalah dadah di negara.

 

KEDUDUKAN MASALAH DADAH NEGARA

Masalah dadah masih lagi merupakan masalah keselamatan negara khususnya yang berkaitan dengan penagihan dan pengedaran dadah.Pengesanan penagihan serta tangkapan pengedar masih lagi belum reda malah makin bertambah.Beberapa jenis dadah yang dulunya masyhur di negara barat mula mengancam beberapa negeri dan telah ditagih.Dadah ini telah lama dikenal pasti tetapi dikurangkan publisitinya untuk memberi kesan kepada program pencegahan.Ini termasuk pil ecstasy dan syabul.Rampasan kokain pula mula dilaporkan pada tahun 1996 walaupun penagihannya belum dikenal pasti.

 

KESIMPULANNYA

Pada keseluruhannya masalah dadah di Malaysia masih lagi terkawal walaupun jumlah dadah yang dirampas masih lagi berkurangan daripada jumlah penagih yang dikesan menggunakannya.Penagih aktif yang dikesan pula masih tidak ramai kerana ia hanya sekitar 0.6 peratus daripada jumlah penduduk.Jumlah ini amat kurang jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Thailand,Laos dan Pakistan.