AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT DALAM TINDAKAN ANTI DADAH
Majlis Dadah Kebangsaan Bidang Tugas Menggubal dan menentukan pelaksanaan dasar dadah negara berhubung dengan pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan kerjasama antarabangsa.
Memantau ( monitoring ) semua aktiviti dan rancangan yang berkaitan dengan pengawalan dan pencegahan dadah.
Objektif
Menghapuskan masalah dadah demi melahirkan masyarakat yang bebas dari dadah.
Agensi Dadah Kebangsaan
Bidang Tugas
Melaksanakan program pencegahan
Melaksanakan program rawatan dan pemulihan
Meningkatkan sistem pengumpulan maklumat mengenai dadah serta membuat penilaian akan keberkesanan program anti dadah negara.
Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dengan lebih aktif lagi dalam usaha memerangi masalah dadah.
Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan.
Objektif
Memerangi masalah dadah ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bebas dari dadah.
Latar Belakang Agensi Dadah Kebangsaan
1972 - Pusat Biro Narkotik
1978 - Unit Bertindak Eksekutif
1979 - Urusetia Dadah
1983 - PPAD Jabatan Perdana Menteri
1995 - PPAD Kementerian Dalam Negeri
1996 - Agensi Dadah Kebangsaan
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM )
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah ditubuhkan pada 26hb Mac, 1976. Gagasan penubuhan PEMADAM kebangsaan sebagai Badan Bukan Kerajaaan utama untuk memerangi ancaman dadah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua ketika itu, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein. Perasmian Pelancaran Penubuhan PEMADAM Kebangsaan telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan pada tarikh dan masa yang sama mesyuarat Agung telah diadakan. Penaung bagi persatuan kebangsaaan ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Dr Mahathir Mohammad.
Senarai Alamat PEMADAM Negeri-Negeri
HOT LINKS
Home Organisasi SLAD Berita Terkini Renungan Bersama Aktiviti Tahunan Maklumat Dadah Strategi Dadah Negara Kejayaan Skuad SLAD SMK Taman Tasik Links Ke Web Tentang Dadah