AKTIVITI TAHUNAN SKUAD SLAD BAGI TAHUN 1999
Mengumpul Suntingan Akhbar
Seperti biasa, ahli-ahli Skuad SLAD harus mengumpul suntingan daripada akhbar ataupun majalah. Suntingan-suntingan akhbar biasanya didapati daripada akhbar-akhbar tempatan seperti Berita Harian,The Star,News Straits Times, dan Utusan Malaysia. Suntingan boleh diambil seberapa banyak setiap seorang.
Suntingan-suntingan akhbar tersebut berkaitan dengan kes penagihan, dan pengedaran dadah serta cara-cara membanteras penggunaan dadah. Sumber kajian bukan sahaja daripada akhbar ataupun majalah tetapi juga risalah-risalah yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan dan PEMADAM
Suntingan-suntingan ini kemudiannya dibukukan untuk menghasilkan sebuah folio. Kami berharap agar penghasilan folio ini dapat menyedarkan dan memberi pengajaran kepada semua golongan masyarakat di Malaysia.
Pada tahun ini, pihak SMK Taman Tasik telah menghantar beberapa orang wakil ke Pertandingan Kegiatan Seni Jauhi Dadah. Lima acara telah dipertandingkan pada hari tersebut iaitu dikir barat, mendeklamasikan sajak, melukis poster, mengarang esei dan mencipta sajak. Wakil sekolah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2, 3, dan 4 kurang berjaya dalam kelima-lima pertandingan. Guru pengiring ke Kegiatan Seni Jauhi Dadah ialah Cik Manjula Padmanathan dan Ustazah Hazizah.
Walaupun tewas, namun,pasukan SMKTT tidak akan berputus asa dan akan membuat yang terbaik pada tahun hadapan.
Pembahagian kumpulan terbahagi kepada 6 kumpulan iaitu 3 bagi lelaki dan 3 bagi perempuan. Ketua-ketua kumpulan tersebut ialah Mohd Irwan, Mohd Zulfikri, Kanivannen, Imruz, Nadira dan Normala. Kumpulan Kanivannen telah mempersembahkan sebuah pantomim yang kami dapat menafsirkan dengan lebih tepat slogan Dadah Adalah Musuh Negara
Selain itu, persembahan pantomim daripada keenam-enam kumpulan tersebut telah memberi kesedaran kepada kami, ahli Skuad SLAD 3 agar berkata TIDAK kepada dadah.Oleh itu, bersama-samalah kita bersatu untuk menentang Dadah -Musuh Negara.
Ahli-ahli Skuad SLAD 3 diberi masa 10 minit untuk menggambarkan tentang keburukan atau kebaikan dadah dan melakarkannya di atas sekeping kertas. Lukisan-lukisan hasil daripada Jefriandy,Amirulldin, dan Kanivannen telah diambil sebagai pengajaran. Di dalam lukisan-lukisan mereka terdapat maksud tersirat di dalam yang tersurat.
Pertandingan melukis tersebut telah memberi kesedaran kepada ahli-ahli Skuad SLAD 3 agar tidak menagih dadah sebagai jalan penyelesaian ketika menghadapi masalah. Oleh itu, bersama-samalah kita bersatu untuk membanteras penagihan dadah di kalangan remaja.
HOT LINKS
Home
Organisasi SLAD
Berita Terkini
Renungan
Bersama
Maklumat Dadah
Agensi-Agensi
Yang Terlibat Dalam Tindakan Anti Dadah
Strategi
Dadah Negara
Kejayaan Skuad SLAD SMK Taman Tasik
Links Ke
Web Tentang Dadah