Aktiviti SLAD SMKTT
Info Dadah
Masalah Dadah Di Malaysia
Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah
Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah
Dasar Dadah Negara
Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah
Dadah Dari Sudut Agama
|
- AKIBAT PENAGIHAN DADAH
- Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-
-
i) akibat keatas penagih
-
ii) akibat keatas keluarga penagih
-
iii)akibat keatas masyarakat dan
-
iv)akibat keatas negara
-
- Akibat Ke Atas Penagih
-
- Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu
sendiri.Si penagih akan
menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan
penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada
kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas
dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam,
pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan
berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan
penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti
kancing gigi, mandul dan sebagainya.
-
- Akibat Ke Atas Keluarga Penagih
-
- Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan
masyarakat .
Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa,
tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa k atas
anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi
porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.
-
- Akibat Ke Atas Masyarakat
-
- Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana
terdapatnya kejadian
mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih penagih yang
memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara
adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan ,
ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan
,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak
muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah
- keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat
penglibatan anak-anak
dengan dadah.
-
- Akibat Ke Atas Negara
-
- Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat
daripada masalah
dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat,
dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-
-
- a)
Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
- b) Kos bagi
menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih
dadah
- c) Kos bagi
menyelenggara program-program pencegahan
- d) Kos
kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan
- e) Kos bagi
meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan
anggota
polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .
-
- Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana
sukar
ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang
dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh
penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan
masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara
dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih
yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur
diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi
risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .
- Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi
keselamatan
dan ketahanan negara.Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh
menggunakan dadah sama ada :-
-
- a) untuk menghancurkan nilai-nilai, ahklak dan
maruah negara secara langsung dan
- b) untuk menjadikan dadah sebagai punca
kewangan bagi membiayai perjuangan mereka
- dan secara tidak
langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatn negara.
- Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma,
Afghanistan, dan di beberapa
buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong kepada British
selepas Perang Candu di abad ke lapan belas
Sebab-Sebab Pengambilan Dadah
Akibat Penagihan Dadah
Tanda-Tanda Penagihan Dadah
|