STRATEGI DUA - PENGUATKUASAAN

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara
   Strategi Satu
   Strategi Dua
   Strategi Tiga
   Strategi Empat

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

Penguatkuasaan merupakan strategi kedua yang akan bertindak dalam tiga bidang iaitu:

    pin5b.gif (463 bytes)  Menyekat kemasukkan dadah

               Pencegahan kemasukkan diutamakan untuk menghindarkan masalah dadah
               daripada memasukki negara ini. Strategi ini menekankan kepada usaha menguatkan
               dan mengukuhkan labngkah penguatkuasaan untuk mencegah kemasukkan dan
               bekalan dadah melalui jalan darat, laut dan udara. Disamping itu, usaha
               penguatkuasaan yang agresif terus dijalankan bagi membenteras pengedaran dan
               penjualan dadah dalam negeri. Rasional kepada strastegi ini adalah sekiranya
               dadah tidak mudah dibawa masuk ke dalam negara, ia akan sukar diperolehi
               oleh pengguna.

     pin5b.gif (463 bytes) Penguatkuasaan melalui perundangan

               Strategi ini bertujuan menggunakan undang-undang sebagai alat untuk
               menyokong pencegahan, pengedaran dan penggunaan dadah. Strategi ini
               diperkuatkan untuk menjadikan dadah sebagai satu bahan merbahaya dan
               berisiko tinggi untuk dimilik, dijual atau digunakan. Dengan demikian,
               bilangan pengedar dan penagih yang terlibat dan yang akan terus terlibat
               akan berkurangan. Undang-undang yang telah digubal adalah perlu untuk
               menjadikan hukumannya di antara yang terkeras di dunia. Penguatkuasaan
               untuk merampas harta benda yang diperolehi daripada kegiatan pengedaran
               dadah juga akan dipertingkatkan.

     pin5b.gif (463 bytes)  Risikkan

                Memerangi dadah memerlukan aktiviti risikkan yang cemerlang. Maklumat
                risikkan dari dalam dan luar negeri akan dijadikan senjata terhadap
                individu-individu yang terlibat dengan pengedaran dadah. Segala pengumpulan
                maklumat boleh diperkukuhkan dengan wujudnya Pasukan Risikkan Khas
                di kawasan sempadan Malaysia – Thailand dan di Sabah – Sarawak serta
                di luar negara. Satu sistem penyebaran maklumat risikkan diwujudkan untuk
                kegunaan semua agensi penguatkuasaan.