DESIGNER DRUGS

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah
   Opiat
   Kanabis
   Depresan
   Stimulan
   Halusinogen
   Designer Drugs

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Designer drugs merupakan satu kumpulan analog bahan kimia yang telah terbukti
mempunyai kesan farmakologi.Analog adalah bahan-bahan kimia tiruan
yang hanya berbeza kecil dari segi strukturnya jika dibandingkan dengan
bahan kimia induknya.
 
Ciri-Ciri Utama Designer Drugs
(i) Dikeluarkan dengan tujuan mengelakkan kawalan
    undang-undang.Dadah disenaraikan mengikut nama dan struktur
    kimia di bawah kebanyakan undang-undang.Designer drugs
    terkecuali daripada kawalan undang-undang kerana ia
    merupakan bahan-bahan kimia yang baru dicipta dan
    seringkali diubah struktur kimianya.Oleh itu amat rumit
    sekali untuk menyenaraikan bahan-bahan ini mengikut
    struktur kimia tertentu.
(ii) Dicipta dan dikeluarkan secara haram oleh ahli kimia yang mahir.
     Ahli kimia yang mahir dan berpengalaman mencipta dan
     mengeluarkandesigner drugs secara haram dengan
     menggunakan peralatan yang ringkas dan sedikit
     sahaja bahan mentah.Tiada risiko yang dihadapi kerana tiada
     bahan mentah seperti heroin yang perlu diseludup untuk
     membuat designer drug.Keuntungan yang diperoleh adalah besar.
(iii) Bahan ini sangat susah untuk dikesan dalam cecair badan kerana
     jumlahnya yang sangat sedikit dan identitinya yang tidak
     menentu.Walau bagaimanapun, ia mendatangkan kerosakan tisu
     yang teruk dan boleh membawa maut.Sejenis designer drug telah
     dilaporkan menyebabkan sebanyak 100 kes kematian di
     California,Amerika Syarikat.Sejenis designer drug lain(MPTP)
     telah mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan
     Parkinson’s Disease yang mana sukar untuk diubati.Designer
     drug MDMA pula telah didapati menyebabkan keadaan psikotik
     seperti mana yang dialami oleh pengguna kokain dan amfetamin.

Tiga Kumpulan Utama Designer Drug Adalah Seperti Berikut:-

          (i) Analog Fentanyl
Contohnya 3-methyl fentanyl yang merupakan analog kepada
fantanyl.Fantanyl adalah sejenis narkotik yang digunakan dalam
perubatan sebagai ubat pelali.Fantanyl adalah 100 kali lebih kuat
daripada morfin, manakala analognya iaitu 30menthyl fentanyl
yang dikeluarkan secara haram adalah kira-kira 3000 kali lebih
kuat daripada morfin.
 
(ii) Analog Pethidine
 
Contohnya MPPP atau 1-methyl-4-phenyl-propionoxy-piperidine dan MPTP atau 1-methyl-4-phenyl-1,2,3,6-tetrahydropyridine yang lebih kuat daripada bahan kimia induk iaitu pethidine.
 
(iii) Analog Methamphetamine
 
Contohnya MDMA atau 3,4-methylenedioxyamphetamine yang juga lebih kuat kesannya daripada bahan kimia induk iaitu methamphetamine.MDMA juga dikenali sebagai Ecstasy.
Kesan Dan Bahaya Penggunaannya
                 es1.jpg (3088 bytes)es2.jpg (3645 bytes)
-Ecstasy merupakan mood enhancing drug yang mempunyai kesan terhadap
  persepsi pengguna kepada keadaan sekeliling terutama warna dan bunyi.
-Dadah jenis ini juga dikaitkan dengan sindrom goyang kepala berasaskan
  irama muzik yang kuat yang akan mnyebabkan denyutan jantung mengikut
  rentak muzik.Kesanya kerosakan otak,kekejangan otot dan tremors
-Ecstassy memberi kesan kepada neurotransmitter yang dipanggil  
  serotonin yang mengawal rasa lapar ,letih dan tekanan perasaan.
  Semasa pengambilan dadah ini, seseorang itu akan menjadi
  seronok dan boleh berseronok sepanjang malam tanpa berasa
  letih.Apabila kesan berkurangan ia akan mengalami keletihan
  dan tekanan perasaan yang teruk.Jika diteruskan boleh
  menyebabkan kerosakan otak.
-Pengambilan ecstassy bersama-sama dengan minuman keras
  sewaktu menari akan menjadikan badan seseorang kehilangan
  air dan suhu badan meningkat, mengakibatkan pengsan dan 
  kemungkinan merosakkan organ-oragan seperti buah
  pinggang,hati dan jantung.