Risiko Dos Berlebihan |
Dos berlebihan terjadi apabila:-
- penagih tidak tahu kandungan sebenar heroin dalam tiub atau straw
yang digunakan.Kandungan yang lebih tinggi daripada biasa boleh
menyebabkan dos berlebihan.Ini lebih bahaya kepada pengguna yang ingin
mencuba-cuba kerana dos sebenar tidak diketahui.
- penagih yang terputus bekalan dadahnya buat beberapa waktu dan
mengambil semula dos dadah seperti biasa.
- dalam keadaan ketagih,penagih hilang pertimbangan serta tidak dapat
mengatasi kekerapan mengambil dadah.
|
Risiko Akibat Mengambil Heroin
Yang Dicampur Dengan Dadah Lain |
Dadah yang dijual di kaki lima dicampur
dengan pelbagai campuran yang mana kandungan sebenar tidak diketahui oleh
penagih.Kematian boleh berlaku apabila dadah campuran ini disuntik dan
tersumbat dalam pembuluh darah.Heroin yang dicampur dengan barbiturat akn
juga mengakibatkan pergantungan terhadap dadah tersebut. |
Risiko Kemalangan |
Dalam keadaan mabuk/khayal,penagih tidak
dapat mengawal pergerakan badan,lambat bertindak untuk mengelak sesuatu
serta tidak berupaya untuk menumpukan perhatian ke atas apa-apa yang
sedang dikerjakan.Risiko menghadapi kemalangan amat tinggi ketika memandu
,menjalankan jentera atau melintas jalan. |
Risiko Jangkitan Penyakit |
Jangkitan penyakit seperti
AIDS,hepatitis,kancing gigi,keracunan darah dan sebagainya berlaku apabila
penagih mengguna dan berkongsi alat-alat suntikan yang kotor.Kehidupan
penagih yang tidak menghiraukan kebersihan,kesihatan dan pemakanan yang
berzat menggandakan lagi risiko jangkitan penyakit. |
Risiko
Meningkat Apabila Pelbagai Jenis Digunakan Sekaligus |
Tabiat penagih yang sentiasa mencari satu
nikmat lain daripada yang lain, mendedahkan ia kepada penggunaan pelbagai
jenis dadah.Menggunakan dadah opiat,barbiturat ,alkohol dan sebagainya
dengan sekaligus meningkatkan risiko dos berlebihan kerana kesan-kesan
dadah berganda dan hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mendapatkan dos
maut. |
Risiko
Kepada Wanita Mengandung |
Penagih heroin wanita kerapkali menderita
akibat kekurangan darah,sakit jantung, kencing manis,demam peparu atau
hepatitis ketika mengandung atau melahirkan anak.Kadar keguguran,kelahiran
bayi songsang atau belum cukup umur,kelahiran melalui pembedahan dan
kelahiran bayi mati dalam kandungan adalah tinggi bagi wanita-wanita
ini.Bayi-bayi yang dilahirkan kerapkali menderita kerana gejala tarikan
sehingga berbulan-bulan dan ramai antara mereka yang mati. |
Akibat Putus Bekalan Darah |
Apabila terputus bekalan darah,penagih
mengalami gejala tarikan dalam jangkamasa 4-6 jam selepas dos
terakhir.Gejala-gejala ini termasuk rasa resah,cirit-birit,sakit
perut,rasa sejuk,berpeluh,loya dan mata serta hidung berair. Kehebatan
gejala ini bergantung kepada jumlah dos yang biasa diambil,kekerapan dos
serta jangkamasa menagih.Gejala ini menuncak selepas kira-kira 24-72 jam
dan berkurangan dalam masa 7-10 hari.Adakala gejala seperti tidak dapat
tidur dan rasa gian berpanjangan hingga berbulan-bulan.Gejala tarikan
menjadi bahaya jika penagih menghidap penyakit seperti kencing manis,gila
babi,lemah jantung atau darah tinggi.Ia juga berbahaya kepada penagih yang
ketagih kepada beberapa jenis dadah pada sesuatu masa umpamanya heroin dan
barbiturat.Gejala tarikan yang berlaku kepada penagih-penagih ini boleh
membawa maut. |