|
|
SEARCH FOR...
|
|
|
| |
Pengenalan |
Opiat juga dikenali sebagai narkotik adalah bahan yang digunakan dalam
perubatan untuk menidurkan atau melegakan kesakitan,tetapi mempunyai potensi
yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan.Sebahagian daripada opiat ,seperti
candu,morfin,heroin dan kodein diperoleh daripada getah buah popi yang terdapat
atau berasal dari negara-negara Timur Tengah dan Asia.Lain-lain jenis opiat
seperti metadon adalah dadah sintetik/tiruan.
Jenis Opiat |
Candu
Mentah
Candu Mentah juga dikenali sebagai Black Stuff,Opium Madat,Pen Yeh,O
dan Tar.apabila buah popi muda ditoreh,ia mengeluarkan getah putih yang
bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat atau hitam.Bahan ini dinamakan
candu mentah. Ia mempunyai bau kuat, menganjal (elastic) apabila masih
segar dan menjadi keras jika terdedah pada udara. |
|
|
Candu
Masak
Candu masak merupakan candu yang telah disediakan untuk dihisap.Ia
diperoleh melalui proses ringkas melibarkan pencampuran candu mentah
dengan air yang kemudiannya dipanaskan dan ditapis untuk mengasingkan
kekotoran seperti habuk daun popi.Bahan tapisan ini terus dipanaskan
sehingga pekat.Candu masak berwarna coklat gelap dan berupa seperti tar
apabila segar.Ia menjadi keras apabila dibiarkan.Candu masak kadang-kadang
berupa seperti cerutu yang berwarna hitam,coklat atau keemasan dan
mempunyai buih-buih kecil.candu masak boleh dimakan,dihisap dengan
menggunakan paip atau dengan cara chasing the dragon. |
Tahi
Candu
Tahi candu ialah sisa bakaran atau arang candu masak yang telah
dihisap.Ia mungkin terdapat dalam bentuk until terbakar ataupun kikisan
dari paip candu.Tahi candu boleh digunakan semula dengan mencampurkannya
dangan air dan can candu mentah ke candu masak.
|
|
Morfin
Dikenali juga sebagai M, White Stuff,White Powder,Monkey,Dreamer,
Morph, Morb,Cubes,Emsel dan Melter.Morfin ialah sejenis alkaloid yang
diperoleh daripada candu mentah.Dalam pasaran gelap,ia selalunya
diperoleh sebagai morfin mentah,bes morfin(morphine base) atau morfin
sulfat atau morfin hidroklorid.Ia terdapat dalam bentuk blok,serbuk atau
pil.Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau
menelan pil-pil morfin.
|
Morfin
Mentah
Morfin mentah didapati dalam bentuk blok atau serbuk.Bentuk blok
selalunya berukuran 5 cm 3 10 cm 3 15 cm dan beratnya di antara 1,200 gm
hingga 1,500 gm walaupun saiz dan berat blok mungkin berbeza-beza dari
putih ke coklat gelap dan kebanyakannya mempunyai tanda
‘999’.Blok-blok ini pada umumnya mengandungi 70%-90% morfin
hidroklorid.Dalam bentuk serbuk,morfin mentah berwarna putih atau coklat
dan berbiji halus.Bentuk ini diperoleh setelah blok morfin mentah
dibahagikan atau setelah blok tersebut dihancurkan sejurus sebelum
morfin mentah diproses menjadi heroin.Di tempat-tempat tertentu di Asia
Tenggara,ia kadang-kadang disebut sebagai ‘Heroin no.1’
|
|
Bes
Morfin
Bes morfin ialah sejenis alkoloid yang diperoleh secara langsung
daripada candu.kadang-kadang ia mempunyai bau seperti serbuk kopi
halus.Kandungan morfin yang terdapat di dalamnya adalah antara 60%-70% |
Pil
Morfin
Pil-pil mengandungi morfin sulfat atau morfin alkolid yang dikeluarkan
secara sad kerapkali dipesongkan ke pasaran gelap.Pil-pil ini kecil dan
berwarna putih atau coklat pucat |
|
|
Bes
Heroin
Bes heroin merupakan diasetil morfin sebelum ia diproses menjadi
diasetil morfin hidroklorid yang dicampurkan dengan bahan-bahan campuran
seperti kafein, striknin,kuinin dan skopolamin seperti yang terdapat dalam
Heroin No.3.Bes heroin merupakan heroin yang belum siap dikeluarkan.Bes
heroin kering merupakan pepejal yang boleh dihancurkan dengan tangan untuk
menjadi serbuk. Warnanya berbeza-beza dari kelabu pucat ke coklat gelap.Di
tampat-tampat tertentu di Asia Tenggara,ia dikenali sebagai ‘Heroin
no.2’ |
Heroin
No.3
Di Malaysia,Heroin No.3 juga dikenali sebagai Fit,Fun,Tepung,Cik
Putih,Barang dan Penang Pink kerana ianya berwarna merah jambu.Tidak kira
di mana ia dikeluarkan,Heroin no.3 dikenali dengan pelbagai nama seperti
Hong Kong Rocks, Brown Sugar,Chinese Heroin dan White Dragon Pearl.Pada
umumnya ,ia terdapat dalam bentuk ketul-ketulan walaupun kadang-kadang ia
dihancurkan menjadi serbuk dan mempunyai warna berbeza-beza dari coklat
muda ke kelabu gelap. Bahan campuran utama ialah kafein,walaupun
kadang-kadang barbiturat dicampurkan ketika proses menghasilkannya.Ketulan
Heroin no.3 mengandungi diasetil morfin di antara 25%-45%.Kadangkala
terdapat juga sampel-sampel yang mempunyai peratus ketulinan di luar
lingkungan ini.Kandungan kafein dalam Heroin no.3 di antara
30%-60%.Mungkin terdapat juga sejumlah kecil bahan-bahan lain seperti
striknin,kuinin dan skopolamin.Heroin jenis ini digunakan dengan cara
menyuntik,menghidu,menghisap dan chasing the dragon. |
|
|
Heroin
No. 4
Heroin No.4 berbentuk serbuk halus berwarna putih atau putih kuning
dengan kandungan sehingga 98% diasetil morfin hidroklorid.Hasil daripada
pembersihan yang dijalankan ketika pengeluaran,heroin jenis ini
mengandungi sedikit kekotoran bahan campuran apabila diniagakan secara
haram pada peringkat borong.Walau bagaimanapun,ia selalunya sudah
bercampur dengan bahan-bahan lain seperti laktos apabila dijual kepada
penagih.Heroin jenis ini selalunya digunakan secara suntikan. |
Brown
Heroin
‘Brown heroin ialah heroin yang dikeluarkan melalui proses
pengeluaran tanpa pembersihan.Bahan ini berwarna coklat,mengandungi
ketulan-ketulan keras dan mempunyai bau seperti cuka yang kuat.Apabila ia
dicampurkan dengan bahan-bahan lain,ia kadang-kadang dipanggil sebagai
street level heroin. |
|
Heroin
Black Tar
Heroin jenis ini terdapat di Amerika Syarikat dan menyerupai tar dari
segi warna dan kepekatan Ia mengandungi sehingga 90% diasetil morfin
berbanding dengan 2%-6% yang terdapat pada Brown Heroin.Ia larut dalam
air apabila dipanaskan dan selalunya disuntik atau dihidu oleh penagih.
|
|