Aktiviti SLAD SMKTT
Info Dadah
Masalah Dadah Di Malaysia
Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah
Opiat
Kanabis
Depresan
Stimulan
Halusinogen
Designer Drugs
Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah
Dasar Dadah Negara
Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah
Dadah Dari Sudut Agama
|

Candu Mentah
Candu Mentah juga dikenali sebagai Black Stuff,Opium Madat,Pen
Yeh,O dan Tar.apabila buah popi muda ditoreh,ia mengeluarkan getah putih yang bertukar
menjadi pekat dan berwarna coklat atau hitam.Bahan ini dinamakan candu mentah. Ia
mempunyai bau kuat,menganjal(elastic) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah
pada udara

Candu Masak
Candu masak merupakan candu yang telah disediakan untuk
dihisap.Ia diperoleh melalui proses ringkas melibarkan pencampuran candu mentah dengan air
yang kemudiannya dipanaskan dan ditapis untuk mengasingkan kekotoran seperti habuk daun
popi.Bahan tapisan ini terus dipanaskan sehingga pekat.Candu masak berwarna coklat gelap
dan berupa seperti tar apabila segar.Ia menjadi keras apabila dibiarkan.Candu masak
kadang-kadang berupa seperti cerutu yang berwarna hitam,coklat atau keemasan dan mempunyai
buih-buih kecil.candu masak boleh dimakan,dihisap dengan menggunakan paip atau dengan cara
chasing the dragon.

Tahi Candu
Tahi candu ialah sisa bakaran atau arang candu masak yang telah
dihisap.Ia mungkin terdapat dalam bentuk until terbakar ataupun kikisan dari paip
candu.Tahi candu boleh digunakan semula dengan mencampurkannya dangan air dan can candu
mentah ke candu masak.
Morfin
Dikenali juga sebagai M, White Stuff,White Powder,Monkey,Dreamer,
Morph, Morb,Cubes,Emsel dan Melter.Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperoleh daripada
candu mentah.Dalam pasaran gelap,ia selalunya diperoleh sebagai morfin mentah,bes
morfin(morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid.Ia terdapat dalam bentuk
blok,serbuk atau pil.Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau
menelan pil-pil morfin.
Morfin Mentah
Morfin mentah didapati dalam bentuk blok atau serbuk.Bentuk blok
selalunya berukuran 5 cm 3 10 cm 3 15 cm dan beratnya di antara 1,200 gm hingga 1,500 gm
walaupun saiz dan berat blok mungkin berbeza-beza dari putih ke coklat gelap dan
kebanyakannya mempunyai tanda 999.Blok-blok ini pada umumnya mengandungi
70%-90% morfin hidroklorid.Dalam bentuk serbuk,morfin mentah berwarna putih atau coklat
dan berbiji halus.Bentuk ini diperoleh setelah blok morfin mentah dibahagikan atau setelah
blok tersebut dihancurkan sejurus sebelum morfin mentah diproses menjadi heroin.Di
tempat-tempat tertentu di Asia Tenggara,ia kadang-kadang disebut sebagai Heroin
no.1

Bes Morfin
Bes morfin ialah sejenis alkoloid yang diperoleh secara langsung
daripada candu.kadang-kadang ia mempunyai bau seperti serbuk kopi halus.Kandungan morfin
yang terdapat di dalamnya adalah antara 60%-70%

Pil Morfin
Pil-pil mengandungi morfin sulfat atau morfin alkolid yang
dikeluarkan secara sad kerapkali dipesongkan ke pasaran gelap.Pil-pil ini kecil dan
berwarna putih atau coklat pucat.

Bes Heroin
Bes heroin merupakan diasetil morfin sebelum ia diproses menjadi
diasetil morfin hidroklorid yang dicampurkan dengan bahan-bahan campuran seperti kafein,
striknin,kuinin dan skopolamin seperti yang terdapat dalam Heroin No.3.Bes heroin
merupakan heroin yang belum siap dikeluarkan.Bes heroin kering merupakan pepejal yang
boleh dihancurkan dengan tangan untuk menjadi serbuk. Warnanya berbeza-beza dari kelabu
pucat ke coklat gelap.Di tampat-tampat tertentu di Asia Tenggara,ia dikenali sebagai
Heroin no.2

Heroin No.3
Di Malaysia,Heroin No.3 juga dikenali sebagai Fit,Fun,Tepung,Cik
Putih,Barang dan Penang Pink kerana ianya berwarna merah jambu.Tidak kira di mana ia
dikeluarkan,Heroin no.3 dikenali dengan pelbagai nama seperti Hong Kong Rocks, Brown
Sugar,Chinese Heroin dan White Dragon Pearl.Pada umumnya ,ia terdapat dalam bentuk
ketul-ketulan walaupun kadang-kadang ia dihancurkan menjadi serbuk dan mempunyai warna
berbeza-beza dari coklat muda ke kelabu gelap. Bahan campuran utama ialah kafein,walaupun
kadang-kadang barbiturat dicampurkan ketika proses menghasilkannya.Ketulan Heroin no.3
mengandungi diasetil morfin di antara 25%-45%.Kadangkala terdapat juga sampel-sampel yang
mempunyai peratus ketulinan di luar lingkungan ini.Kandungan kafein dalam Heroin no.3 di
antara 30%-60%.Mungkin terdapat juga sejumlah kecil bahan-bahan lain seperti
striknin,kuinin dan skopolamin.Heroin jenis ini digunakan dengan cara
menyuntik,menghidu,menghisap dan chasing the dragon.

Heroin No. 4
Heroin No.4 berbentuk serbuk halus berwarna putih atau putih
kuning dengan kandungan sehingga 98% diasetil morfin hidroklorid.Hasil daripada
pembersihan yang dijalankan ketika pengeluaran,heroin jenis ini mengandungi sedikit
kekotoran bahan campuran apabila diniagakan secara haram pada peringkat borong.Walau
bagaimanapun,ia selalunya sudah bercampur dengan bahan-bahan lain seperti laktos apabila
dijual kepada penagih.Heroin jenis ini selalunya digunakan secara suntikan.

Brown Heroin
Brown heroin ialah heroin yang dikeluarkan melalui proses
pengeluaran tanpa pembersihan.Bahan ini berwarna coklat,mengandungi ketulan-ketulan keras
dan mempunyai bau seperti cuka yang kuat.Apabila ia dicampurkan dengan bahan-bahan lain,ia
kadang-kadang dipanggil sebagai street level heroin.
Heroin Black Tar
Heroin jenis ini terdapat di Amerika Syarikat dan menyerupai tar
dari segi warna dan kepekatan Ia mengandungi sehingga 90% diasetil morfin berbanding
dengan 2%-6% yang terdapat pada Brown Heroin.Ia larut dalam air apabila dipanaskan dan
selalunya disuntik atau dihidu oleh penagih.
 
Opiat Sintetik
Opiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti metadon dan
petidin.Bahan-bahan ini mempunyai sifat-sifat yang serupa dengan bahan opiat.
Jenis-jenis Opiat
Kesan Penggunaan Opiat
Bahaya Penagihan Opiat
Masalah Psikologi\Sosial Penagih
Rawatan Bagi Penagih Opiat
|