MASALAH PSIKOLOGI \ SOSIAL PENAGIH OPIAT |
Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah
|
Seorang penagih opiat mengalami masalah pergantungan/penagihan secara psikologikal yang menyebabkan penggunaan dadah sukar dihentikan.Dadah menjadi perkara yang paling utama dalam kehidupan penagih,mengatasi keperluan-keperluan lain atau kepentingan diri.Hidup yang berlegar di sekeliling mencari dan menggunakan dadah menjadikan masalah emosi dan perhubungan dengan orang lain menjadi sukar.Seorang penagih mengalami paranoia atau perasaan syak wasangka terhadap semua orang serta berasa terasing dan tidak selesa berdampingan dengan mereka.Ia lebih suka bergaul sesama penagih dadah. Seorang penagih tidak berupaya mencari kerja dan bagi yang sudah bekerja akan menghadapi masalah penurunan produktiviti kerana sering tidak hadir kerja,sakit, menghasilkan kerja yang bermutu rendah serta menjadi beban rakan sekerja dan majikan. Jenis-jenis Opiat
|