Ganja merupakan sejenis bahan yang
sangat kompleks.Ia mengandungi sekurang-
kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana THC merupakan bahan psikoaktif utama.
Oleh kerana kandungan bahan kimia yang kompleks dan
tidak stabil,serta perbezaan yang
luas dari segi jenis pokok,asal usul,serta iklim dan cara penanaman adalah amat sukar
untuk menjumpai dua sampel ganja yang serupa.
Kekuatan sesuatu bentuk dadah kanabis berhantung
kepada kandungan THCnya.THC a
tau delta 9-tetra hydrocannabinol adalah bahan psikoaktif,salah satu daripada 61 bahan
kanabinoid yang hanya terdapat pada kanabis.Ianya terkumpul dalam selaput lemak sel
otak dan tubuh manusia apabila kanabis dihisap dan dikeluarkan dengan perlahan-lahan.
Sepuluh tahun yang lalu,amat sukar untuk menjumpai
ganja yang mengandungi 1%-2%
THC.Tetapi sekarang terdapat jenis ganja yang ditanam khas kerana kandungan THCnya
yang tinggi,contohnya sinsemilla yang ditanam di Amerika Syarikat mengandungi 11% THC
atau lebih.Kandungan THC juga kan berubah-ubah mengikut jangkamasa ia disimpan
sebelum digunakan,tempat dan suhu simpanan dan sebagainya.Kanabis terdapat dalam
bentuk:-

Kanabis Herba
Ianya dikenali sebagai
Ganja,Marijuana/Grass,Pot/Weed,Bhang,Kif,Takrauri dan Dangga.Kanabis herba atau ganja
merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan
kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau sate.Ia menyerupai tembakau
walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.

Resin Getah Kanabis(Hashish,Charas)
Resin/Getah Kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis
yang dikumpulkan,dikeringkan/dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk(powbery blok)
ataupun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin.Warna serbuk atau blok hashish berbeza
daripada coklat muda ke hijau,coklat tua atau hitam.Kandungan THC adalah anta
4%-12%.Kebanyakan hashish berasal dari kawasan Timur Tengah.

Minyak Hashish
Minyak Hashish merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok
atau ganja.Ia diperoleh melalui proses kimia yang dijalankan berulangkali ke atas ganja
atau hashish.Ia tidak larut dalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terdedah kepada
udara.Kandungan THC adalah sangat tinggi(sehingga 60%) dan hanya setitik sahaja akan
mendatangkan kesan halusinasi kepada pengguna.
Jenis-Jenis Kanabis
Penggunaan Bahan atau Dadah Lain Dengan Ganja
Kesan Penggunaan Ganja
Kesan Dalam Tubuh Manusia
Kesan Ganja Kepada Personaliti
Bahaya Penagihan Ganja
|