PENERANGAN UMUM / PUBLISITI

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah
Pendidikan
Penerangan
Pemulihan
Penguatkuasaan

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  Kementerian Penerangan

  Kementerian Penerangan dan agensi-agensi di bawahnya bertanggungjawab untuk
  melaksanakan program penerangan kepada masyarakat umum tentang pencegahan
  dadah. Objektif kementerian dalam bidang ini adalah untuk:-

      i. Mengubah tanggapan dan sikap masyarakat dengan meletakkan isu dadah sentiasa
         di kalangan masyarakat supaya dapat mewujudkan kesedaran tentang bahaya dadah.
     ii. Membentuk suasana sekitar yang menjadikan dadah dibenci dan dijijik.
    iii. Melibatkan semua golongan masyarakat dalam program pencegahan dan pengawalan
        dadah.

  Strategi Penerangan Umum.

  Strategi utama untuk mencapai objektif di atas ialah dengan menimbulkan kesedaran
  di kalangan masyarakat supaya ianya turut sama terlibat dengan aktiviti-aktiviti pencegahan
  dan pengawalan dadah. Usaha-usaha ini akan dibuat dengan :-
     i. Menggunakan media massa untuk menyebarkan maklumat dan
        penerangan mengenai ancaman dan bahaya dadah melalui pendekatan teknik
        `Scare Tactic’ dan `Soft Sell’
   ii. Menggunakan tektik komunikasi bersemuka untuk menyebarkan maklumat
        dan penerangan berkaitan dengan bahaya dan ancaman dadah melalui alat pandang
        dengar seperti pita video, filem atau bahan bercetak seperti folder dan risalah
        kepada kumpulan sasar berikut:-
    * ibubapa
    * pemimpin masyarakat / orang berpengaruh
    * ketua-ketua jabatan / ketua ekskutif badan swasta
    * kakitangan kerajaan / swasta
    * pemimpin agama / pertubahan lain
    * bekas penagih dadah
    * sektor swasta
    * badan-badan bukan kerajaan seperti
       PEMADAM,PENGASIH, parti politik dan lain-lain.

  Bidang Program Yang Dikenal Pasti

  Sehingga kini kementerian telah mengenalpasti 4 bidang prograam untuk
  melaksanakan strategi pencegahan:-
    i. Program penyampaian maklumat anti dadah melalui TV.
    ii. Program penyampaian maklumat anti dadah melalui radio
    iii. Program penyampaian maklumat anti dadah melalui
         penerbitan filem negara
    iv. Program penyampaian maklumat anti dadah melalui
         komunikasi bersemuka.
     

   Kementerian Belia dan Sukan

   Kementerian Belia dan Sukan mempunyai peranan yang penting dalam melengkapi usaha
   pencegahan dadah. Ini memandang sebilangan penagih dadah terdiri daripada golongan
   belia yang berumur di antara 15 -–30 tahun. Oleh kerana itu, tumpuan telah diberi oleh
   Kementerian Belia dan Sukan kepada aktiviti pencegahan dadah di kalangan belia
   terutamanya belia-belia dalam persatuan belia dan lepasan sekolah. Golongan belia
   yang mempunyai masa lapang yang berlebihan boleh membawa mereka ke arah kegiatan
   anti sosial dan pembaziran sumber tenaga muda.

   Keadaan ini akan bertambah rumit dengan adanya golongangolongan tertentu yang
   mengekplotasikan golongan belia untuk mencapai sesuatu maksud / tujuan tertentu.
   Menyedari keadaan inilah Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil langkah positif
   untuk memandu arah golongan belia kepada aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan
   menyalurkan tenaga muda sebagai sumber utama guna tenaga untuk tujuan
   pembangunan negara dan masyarakat.

 

               circ2.gif (239 bytes) Program Rakan Muda Dalam Pencegahan Dadah.

                    Rakan muda adalah program baru dalam pencegahan dadah. Ini
                    merupakan program sokongan penuh seperti rakan sukan, rakan seni dan
                    pelbagai program di bawah rakan muda. Walaupun secara asas tidak
                    menjurus ke arah dadah tetapi semua program rakan muda akhirnya
                    akan memberi alternatif. Seterusnya menghindar belia daripada dadah.

    Di antara tindakan-tindakan yang diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam bidang pencegahan dadah adalah seperti berikut:-

    pin5b.gif (463 bytes)  Memberi pendedahan kepada Pegawai-pegawai Belia dan
               Sukan mengenai bahaya dan ancaman dadah melalui Kursus
               Dalam Perkhidmatan.

    pin5b.gif (463 bytes)   Membekalkan Pegawai Belia dengan risalah-risalah yang
               berkaitan dengan dadah.

    pin5b.gif (463 bytes)   Mengarahkan semua pegawai supaya menjadikan dadah sebagai
               satu topik dalam ceramah mereka samaada rasmi ataupun tidak

    pin5b.gif (463 bytes)   Memasukkan ceramah dalam acara-acara yang dianjurkan
               oleh Kementerian Belia dan Sukan terutamanya kursus-kursus khemah
               kerja, forum, bengkel dan seminar.

    pin5b.gif (463 bytes)   Bekerjasama dengan badan-badan sukarela seperti PEMADAM,
               Majlis Belia Malaysia, Majlis Penyelaras Kebangsaan Organsisasi
               Perkhidmatan dan gabungan pertubuhan belia yang lainnya.

    Tindakan-tindakan di atas telah dipertingkatkan dengan mengadakan program khusus untuk kumpulan sasar belia yang berumur di antara 15 – 30 tahun, khususnya murid-murid sekolah yang tercicir dan yang tinggal di kawasan setinggan, Kampong Baru, ladang-ladang getah, rumah pangsa dan lain-lain kawasan di mana suasana kehidupan tidak sempurna. Program Kementerian ini meliputi aspek-aspek berikut:-

                    dancy4.gif (289 bytes) Menambah keahlian persatuan belia 
                    dancy4.gif (289 bytes) Memberi latihan vokasional
                    dancy4.gif (289 bytes) Penerangan
                    dancy4.gif (289 bytes) Kegiatan ekonomi / perniagaan
                    dancy4.gif (289 bytes) Kursus Kesedaran Pencegahan Dadah
                    dancy4.gif (289 bytes) Kegiatan sukan / riadah
                    dancy4.gif (289 bytes) Pendidikan rohaniah
                    dancy4.gif (289 bytes) Mengadakan pusat penerangan untuk belia
                    dancy4.gif (289 bytes) Mengadakan aktiviti riadah seperti Kem Musim Cuti dan 
                         penjelajahan untuk golongan belia