RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH DADAH

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah
Pendidikan
Penerangan
Pemulihan
Penguatkuasaan

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 
Agensi Dadah Kebangsaan      Jabatan Penjara Malaysia      Kementerian Kesihatan Malaysia
Agensi Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri
 
Di Malaysia, program rawatan dan pemulihan penagih-penagih dadah secara institusi telah
bermula sejak tahun 1975. Program ini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Kebajikan Am memandangkan pada masa itu, penagihan dadah adalah dianggap sebagai satu masalah sosial. Oleh itu, pendekatan yang digunakan adalah berbentuk sosial dan kebajikan.
Ini memenuhi keperluan mengadakan pemulihan secara institusi yang mendesak, Kementerian Kebajikan Am telah mengubahsuai beberapa rumah sakit bagi pesakit melarat di Kuala Kubu
Baru, Tampoi dan Bukit Mertajam untuk menempatkan penagih-penagih dadah. Apabila sebuah pusat baru dibuka di Besut pada tahun 1979, bilangan penagih dadah yang boleh ditampong di keempat-empat buah pusat ini ialah 590 penagih. Pada tahun yang sama, Unit Perkhidmatan Pemulihan Dadah di Kementerian Kebajikan Am disediakan.
 
Pada tahun 1983, apabila kerajaan mengiktiraf dadah sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, semua jentera anti dadah diselaraskan. Berdasarkan kepada pendekatan keselamatan ini bidang rawatan dan pemulihan dadah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Dalam Negeri. Sati akta baru iaitu Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 diluluskan dan mula berkuatkuasa pada 15 April 1983. Pada bulan Mei 1983, Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah (BRPD) ditubuhkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. BRPD dicantumkan dengan Pasukan Pertugas Am Dadah dan mengwujudkan Agensi Dadah Kebangsaan.

Objektif dan Strategi Pemulihan

Objektif BRPD, ADK ialah untuk merawat, memulih dan mencegah penagihan semula di kalangan penagih dadah bagi membolehkan mereka berfungsi semula sebagai anggota masyarakat yang produktif. Stategi bagi mencapai objektif ini ialah melalaui pencegahan penggunaan dadah yang berterusan dengan mengadakan program pengesanan, rawatan dan pemulihan yang bersepadu dan komprehensif melalui:-

Program Pengawasan
Program Pemulihan Institusi
Pusat Serenti
Seliaan Lanjutan dan Jagaan Lanjutan
Pusat Khidmat Nasihat (PKN)