PROGRAM - PROGRAM DI SEKOLAH

 

Aktiviti SLAD SMKTT

Info Dadah

 

Masalah Dadah Di Malaysia

Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah

Sebab, Akibat Dan Tanda Penggunaan Dadah

Dasar Dadah Negara

Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah
Pendidikan
Penerangan
Pemulihan
Penguatkuasaan

Dadah Dari Sudut Agama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
  Kurikulum
Strategi jangka panjang dalam bidang pendidikan pencegahan dadah disekolah-sekolah ialah dengan mengintegrasikan unsur-unsur pencegahan dadah dalam kurikulum baru sekolah. Dalam kurikulum yang ada sekarang ini, unsur-unsur pendidikan pencegahan dadah disisipkan dalam beberapa matapelajaran etrtentu seperti agama Islam, moral, kesihatan, sivik, kewarganegaraan, bahasa, sains dan kemahiran hidup
  Ko-kurikulum
Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum adalah penambah dan pelengkap kepada kurikulum. Ko-kurikulum adalah pendidikan yang diperolehi daripada pengalaman-pengalaman pembelajaran. Aktiviti-aktiviti ini boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah seperti melalui pasukan-pasukan pakaian seragam, persatuan atau kelab dan sukan(olahraga dan permainan).Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan di kalangan pelajar-pelajar. Ia juga bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawap, berdisiplin, berdikari dan mahir dalm sesuatu lapangan yang mereka sertai.Untuk memastikan pelajar-pelajar sekolah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum:-

          i. setiap pelajar dikehendaki menyertai dua daripada tiga aktiviti sukan atau
             permainan persatuan atau kelab dan pasukan pakaian seragam
         ii. pihak sekolah mengadakan aktiviti-aktivitipencegahan dadah
             seperti:

*kem jaya diri
*kolokium membina ketahanan diri
*program intelek asuhan rohani(PINTAR)
*sekolah anak didik kami
*kecergasan jauhilah dadah
*skim lencana anti dadah (SLAD)
*kursus pendidikan pencegahan dadah PIBG/guru
*peraduan dan pertandingan
*program pembimbing rakan sebaya
*program lima minit
 

  Latihan Guru

    Memberikan latihan kepada guru-guru dalam bidang bimbingan dan kaunseling
    ( termasuk kaunseling dadah ) dan pendidikan pencegahan dadah

  Khidmat Menolong / Bimbingan dan Kaunseling

          Meningkatkan khidmat bantuan / bimbingan dan kaunseling seperti
          kaunseling individu dan   kelompok kepada pelajar yang bermasalah dan khidmat
          daripada pegawai kebajikan / sekolah / pegawai kebajikan masyarakat.

                       Program-Program Di Sekolah
                       Program-Program Sekolah Yang Berorientasikan Masyarakat
                       Program Yang Telah Dan Akan Dijalankan