Mengikut
fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq
(bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, "Fatwa
Al-Syariiyah" (mukasurat 184), bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi
penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie
dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Hambali.
Syeikh Al-Islam
Ibn Taimiyah membuat fatwanya berdasarkan kepada beberapa aspek
antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakat
seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis:-
- Ertinya : "Tiap-tiap yang
memabukkan adalah haram"
- (Hadis Bukhari dan Muslim)
Dan tiap-tiap benda yang memabukkan walau dari
apa jenis sekalipun ianya dinamakan juga "khamar". Ini jelas dalam sebuah
Hadis:-
Ertinya :
"Tiap-tiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan
tiap-
tiap khamar itu hukumnya adalah haram"
Pengertian arak adalah luas termasuklah apa saja
benda yang digunakan boleh mengganggu fikiran dan mengeluarkan akal daripada tabiatnya
yang sebenar.
Dalam hubungan
ini, dadah mempunyai pengaruh yang amat keras terhadap
perasaan dan akal fikiran penggunanya, Mereka yang menghisap dadah akan lupa kepada
dirinya, agamanya, keluarganya, dan dunianya serta tenggelam dalam dunia khayalan. Lebih
daripada itu, dadah juga akan mengganggu kemurniaan jiwa dan menghancurkan moral,
keharmonian keluarga, meruntuhkan ibadah dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan
kewajipan kepada Allah (S.W.T.), diri, keluarga dan masyarakat.
Ibn Al Baitar
berpendapat bahawa penggunaan dadah sekalipun sekadar satu dirham
telah menjadi mabuk, maka apatah lagi penggunaan yang lebih daripada itu yang membawa
seseorang itu kepada peringkat hilang pertimbangan akalnya, bahkan boleh membawa seseorang
itu kepada jenayah pembunuhan. Ibn Hajar Al Haitami Al Makki berpendapat bahawa penggunaan
dadah boleh membawa berbagai-bagai bahaya dan kerosakan dario segi keagamaan dan
kemasyarakatan. Al Qurafi dari Ulamak Maliki dan Ibn Taimiyah dari Mazhab Hambali telah
mengeluarkan kata sepakat bahawa Ijmak Ulamak tentang hukum haramnya dadah.
Al Imam Ibn
Taimiyah di dalam kitabnya Al-Siasatus-Syariah berkata:-
"Sesungguhnya adalah hasyisy (ganja) itu haram dan dihukum dengan had
ke atas
orang yang menggunakannya sama seperti dengan had ke atas
peminum-peminum
arak (sebat 40 kali rotan), dari segi lain ia adalah
merosakkan akal dan tabiat
badan manusia dan ia adalah penghalang daripada ingatan
kepada Allah (S.W.T.)
dan ingatan sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan
sesuatu
yang diharamkan oleh Allah (S.W.T.) dan Rasulnya (S.A.W.)
daripada arak pada
lafaz dan maknanya."
Pengharaman dadah
bukan sahaja kepada sesiapa yang memakannya malahan juga
kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya. Sebagai
perbidalan, sabda Rasulullah (S.A.W.) ertinya:-
"Sesungguhnya Allah (S.W.T.) telah mengharamkan arak dan
harganya."
Dan sabdanya lagi:-
"Allah (S.W.T.) telah laknatkan arak sepuluh perkara, orang yang memerahnya,
tempat pemerahan, orang meminumnya,
orang yang membawanya, orang yang
ditawarkan kepadanya, orang yang
menuangkannya, orang yang menjualnya, orang
yang memakan harganya, orang yang
membelinya dan prang yang dibelikan
kepadanya".
Doktor Ahmad
Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencananya yang disiarkan oleh Majalah
Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang
disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya
ialah:-
- Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa kepada
mabuk tetapi jugak membawa kepada hilang akal, dari itu ia adalah haram;
- Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana ianya membawa
pengangguran pada permulaannya, dan juga perbelanjaannya lebih besar daripada arak, maka
dari itu ia adalah haram; dan
- Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana ianya menyebabkan si
penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah haram
Menggunakan dadah
dapat diibaratkan sebagai perbuatan membinasakan dan
membunuh diri. Sedangkan Allah (S.W.T.) di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:-
"Janganlah kamu membunuh diri kamu keranasesungguhnya Allah
(S.W.T.)
maha belas kasihan kepada kamu".
FirmanNya lagi di dalam Surah Al-Baqarah (ayat
195) bermaksud:-
"Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan".
Menghisap dadah
amat merbahaya dan membawa kepada kedurjanaan dan membawa
kepada kemurkaan Allah (S.W.T.). Sabda Nabi (s>a>w>) daripada riwayat Imam Ahmad
dan Ibnu Majah bermaksud:-
"Tidak boleh membuat bahaya dan membalas
bahaya".
Majlis Raja-Raja
dalam mesyuarat yang ke 126 yang diadakan pada 24 Februari 1983,
setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama
Islam telah membuat keputusan berikut:-
"Sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya disisi syarak
adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan
untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak".
Daripada
dalil-dalil di atas, jelas kepada kita bahawa dadah lebih bahaya daripada
arak. Hukum menggunakan dadah di dalam Islam ialah haram malahan lebih haram daripada
arak. Perbuatan menggunakan dadah membawa kepada kebinasaan diri. Perbuatan ini amat
dimurkai oleh Allah (S.W.T.) dan dosanya amatlah besar.